Tuesday, March 3, 2015

5 Tips Kekal Segar Walau SEHARIAN BEKERJA

Jika dah sehari suntuk bekerja, pasti tubuh anda akan merasa sangat letih sekali hingga kalau boleh balik rumah nak teru tidur. Betul tak? Keadaan ini mungkin berlaku bukan hanya kerana anda kurang tidur, tetapi terdapat sebab lain yang menyebabkan anda berasa letih dan tidak bersemangat.

Jom ikuti 5 tips yang boleh membantu anda KEKAL SEGAR melakukan apa sahaja aktiviti harian

1) Hindari Makanan Manis





Makanan manis memang agak sukar ditolak dalam keadaan cara hidup kita sekarang ini, apatah lagi jika tak sempat nak sarapan pagi. Bila tak sarapan perut akan cepat lapar dan kita akan lebih cenderung untuk makan makanan manis.

Jadi untuk mengelakkan rasa terlalu lapar, pastikan anda SARAPAN PADA AWAL PAGI. Seboleh-bolehnya elakkan makanan manis kerana ia akan membuatkan badan kita semakin lesu. Bila lesu berpanjangan kita akan rasa penat berpanjangan.

2) Ubah Penampilan



Jika melakukan aktiviti yang sama hari demi hari, pasti kita akan merasa bosan dan emosi juga menurun. Oleh itu, apa kata cuba buat aktiviti berbeza tetapi menyenangkan.

Tapi bagi yang bekerja pejabat agak sukar nak tukar aktiviti. Jadi apa salahnya kalau anda ubah penampilan. Cuba tampil dengan cara bertudung berbeza atau pun menggunakan tas atau kasut baru. Semestinya semangat akan meningkat dan akan menyenangkan hati anda.

3) Olahraga Santai



Kadangkala melakukan kerja yang sama setiap hari boleh menyebabkan kita bosan. Misalnya, terpaksa menghadap skrin komputer dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Pasti ia terlalu membosankan dan memenatkan mata.

Bagi memastikan darah di dalam tubuh dapat mengalir dengan lebih lancar, cuba berjalan sejenak di pejabat selama 5 hingga 10 minit. Walaupun mudah ia dapat membantu anda berasa lebih segar lagi.

4) Ubah Pola Makan

Pola pemakanan yang tidak sihat punca tubuh anda menjadi lemah. Kekurangan pengambilan makanan berzat dan bernutrisi memburukkan lagi keadaan kesihatan tubuh badan. 

Apa kata cuba ambil lebih banyak makanan yang tinggi serat seperti pisang. Selain itu, cuba untuk memasak sendiri untuk pastikan makanan yang kita masak mengandungi nutrisi yang mencukupi untuk tubuh.

5) Buat Pemeriksaan Kesihatan



Keletihan ada kalanya boleh menjadi sebahagian daripada proses penuaan. Gejala keletihan kronik juga sebenarnya menunjukkan sesuatu yang lebih serius sedang berlaku kepada anda dan pastinya ia berkait rapat dengan kesihatan kita.

Jadi seeloknya cubalah buat pemeriksaan kesihatan untuk pastikan tahap kesihatan kita.

No comments:

Post a Comment