Tuesday, March 17, 2015

4 LANGKAH MUDAH ATASI BAU BADAN SUPAYA TIDAK DIMALUKAN DI KHALAYAK RAMAI

Masalah bau badan di musim cuaca panas ni memang dah sinonim dengan individu yang berpeluh teruk. Pasti ada yang tercari-cari cara untuk atasi bau badan. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan tips mudah yang anda boleh amalkan untuk hilangkan bau badan.

1. Kekal bersih adalah salah satu cara penting untuk atasi masalah bau badan. Macam mana nak kekal bersih tu ? Sudah
semestinya dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ini bertujuan untuk pastikan peluh yang melekat pada tubuh dicuci bersih dan bakteria di kulit dapat dikurangkan.

2. Yang ini pula adalah petua tradisional yang sangat mudah untuk diamalkan. Kita tahu petua tradisional biasanya takkan menghampakan kita. Mesti anda semua kenal daun sireh kan?

Daun sireh dapat digunakan  untuk atasi bau badan.Caranya mudah je, ambil lima helai daun sireh dan rendam dalam gelas verisi air panas. Biarkan ia menyejuk sehingga suhu bilik sebelum air rendaman tersebut diminum. Cuba amalkan setiap hari, pasti dapat bantu anda atasi bau badan.

3. Yang ni ALTERNATIF untuk anda yang tak suka rasa pejat daun sireh. Anda boleh cuba gunakan bunga cengkih.Caranya sama je, cuma kali ni hanya perlukan 3 kuntum bunga cengkih dan rendam hingga ia kembang.

Minum air rendaman tersebut, jika inginkan rasa boleh tambah sedikit gula.

4. Wow !! Ini berita baik buat penggemar ulam timun. Sebab ulam timun juga boleh jadi petua untuk hilangkan bau badan. Ini kerana, kesegaran ekstrak yang dihasilkan memberi khasiat pada kulit.

Caranya mudah, hiris timun menjadi beberapa potongan tebal ikut saiz tangan anda untuk mudahkan lumuran. Semasa mandi gosokkan kepingan ulam tersebut di seluruh badan sehingga kulit menjadi lapisan berkilat sebelum dibilas bersih.

Mudah je kan? Jadi selamat mencuba :)










No comments:

Post a Comment