Tuesday, February 10, 2015

TIPS HILANGKAN KESAN 'MATA PANDA'

Anda mungkin malu sebab sering diejek oleh kawan-kawan kelihatan seperti panda akibat lingkaran hitam bawah mata yang agak teruk. Jom ketahui puncanya terlebih dahulu.

Lingkaran lebam berwarna gelap yang berlaku di bahagian bawah mata merupakan masalah yang selalu dihadapi oleh masyarakat. Biasanya lingkaran tersebut berlaku kerana faktor tidak cukup tidur, buat kerja tanpa rehat yang cukup dan belajar sehingga lewat pagi yang kebiasaannya berlaku dalam kehidupan seorang pelajar. Oleh itu, ia akan membuatkan wajah kurang berseri-seri akibat masalah lebam di bawah di bawah mata tersebut.

Sekarang saya akan kongsikan dengan anda cara untuk hilangkan lingkaran bawah mata tersebut. Berikut merupakan petua dan tips yang boleh anda cuba untuk menghilangkan masalah lebam:


  • Hilangkan lingkaran hitam di sekeliling mata – anda boleh mencuba dengan memotong sebiji kentang lalu dihiris tipis menjadi beberapa keping. Setelah itu lekapkan hirisan kentang tersebut di sekeliling pada kedua belah mata. Biarkan ia selama 10 hingga 20 minit setelah itu cuci menggunakan air bersih.
  • Hilangkan kesan hitam yang berada di bawah mata – anda boleh mencuba dengan memerah lemon dalam cawan. Setelah itu sapukan perahan secara perlahan di sekitar bawah mata. Amalkan dua kali setiap hari.
  • Gunakan krim kontur mata – jika anda tidak mahu menggunakan petua di atas, anda boleh menggunakan krim kontur mata yang boleh didapati di pasaran. Namun, pastikan ianya adalah produk tulen dan tidak membahayakan. Ikut arahan krim tersebut untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
  • Cukup rehat – anda hendaklah mempunyai rehat yang cukup kerana faktor masalah lebam bawah mata adalah tidak mendapat rehat yang mencukupi. Susun jadual dan tugasan anda dengan sistematik agar masa rehat anda tidak akan terganggu.
Anda juga boleh cuba cara moden untuk hilangkan kesan lebam tersebut kerana kami di Shaklee mempunyai krim Eye Treatment untuk merawat kesan lebam di bawah mata anda.

Eye Treatment untuk Rawat Mata Anda

No comments:

Post a Comment