Monday, February 23, 2015

WASPADA DENGAN CUACA PANAS MELAMPAU

Sejak seminggu yang lepas, negara kita sekali lagi dilanda cuaca panas kering yang agak tinggi suhunya. Oleh sebab itu, kita semua dinasihatkan supaya kurangkan berada di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari secara terus. Ini kerana cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh kita.Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.



Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Antara gejala-gejala semasa cuaca panas melampau ialah: 
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot-otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau: 

 Anda Perlu :

  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar 

Elakkan:

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
Bagi saya sendiri, dalam menghadapi keadaan cuaca yang panas melampau ini saya telah sediakan stok Performance Drink secukupnya untuk keluarga sebagai langkah untuk elak dari dehidrasi. Kerana di musim panas kita memerlukan sesuatu yang bertindak seperti isotonik.

No comments:

Post a Comment