Tuesday, February 24, 2015

KINI IBU SEDANG SARAT HAMIL PUN MAMPU BUAT KERJA BERAT

Biasanya kita selalu dengar, ibu-ibu yang sarat mengandung memang sudah tidak larat nak buat kerja berat. Almaklumlah bila perut dah besar, nak berjalan terpaksa bawa berat yang mungkin dabel daripada berat semasa sebelum mengandung. Tapi kali ini saya ingin kongsikan dengan anda pengalaman ibu yang sarat mengandung tapi masih mampu buat kerja berat yang mungkin kita fikir beliau tak mampu nak buat.

Sebelum itu, kita perlu tahu untuk melakukan sesuatu kita pasti perlukan tenaga. Betul tak? Bagi ibu mengandung lagilah banyak tenaga yang diperlukan untuk melakukan kerja atau bergerak. Jadi jom kita selidik sikit apa yang ibu mengandung perlukan untuk bekalan tenaga.

NUTRIEN YANG DIPERLUKAN SEMASA HAMIL

Dalam trimester pertama, anda mungkin tidak dapat makan hidangan makanan dengan baik kerana masalah mabuk hamil. Jika ini berlaku, snek boleh membantu. Jika anda makan sedikit dan kerap, ini sama penting dengan membuat perancangan apa yang hendak dimakan. Dengan cara ini, anda tidak akan hanya mengunyah biskut semata-mata kerana itu sahaja yang ada di depan mata anda.

Dalam trimester pertama, anda tidak memerlukan lebih kalori. Walau bagaimanapun, anda perlukan lebih folat. Anda sepatutnya ambil suplemen asid folik sebanyak 400 mikrogram (mcg) setiap hari, tetapi memakan makanan yang kaya dengan folat juga bagus. Folat adalah bentuk asid folik dalam makanan.


Dalam trimester kedua, anda masih tidak perlu meningkatkan pengambilan kalori. Sebaliknya, fokus kepada mendapatkan kalsium yang cukup. Pada ketika inilah gigi dan tulang bayi mula terbentuk.

Kehamilan tidak meningkatkan keperluan kalsium anda. Anda telahpun mempunyai simpanan kalsium dalam badan yang akan memenuhi keperluan bayi. Walau bagaimanapun, anda perlu memenuhkan simpanan. Diet yang kaya dengan kalsium juga memberi kebaikan lain. Kalsium dapat mengurangkan risiko anda mengalami tekanan darah tinggi.

Apabila sampai ke trimester ketiga, anda memerlukan lebih tenaga, vitamin C dan thiamin (vitamin B1). Tenaga tambahan yang diperlukan hanyalah 200 kalori, tetapi daripada mengunyah sekeping coklat, fikirkan snek lain yang turut membekalkan nutrisi lain.

Sekeping roti bakar bijirin penuh dengan ekstrak yis dan sebiji tomato, atau semangkuk sup cendawan diikuti dengan satsuma atau jenis buah oren mandarin yang lain juga bagus.

Vitamin C sangat penting sepanjang kehamilan dan memainkan peranan yang penting dalam melindungi sel-sel daripada rosak serta memastikan sistem imun badan dalam keadaan baik.

Vitamin C juga memainkan peranan dalam memastikan plasenta berkembang dan berfungsi dengan baik. Ia juga membantu lapisan dinding perut menyerap zat besi daripada makanan.

Okay, kita dah tahu nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil kan. Sekarang jom kita layan vimeo ini dan tengok apa rahsia beliau sehingga mampu panjat tangga yang tinggi dan sampai LEBIH AWAL dari kawan-kawan yang TAK HAMIL. WAHHH !!! sangat mengkagumkan. Ye tak?





Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

===========================================================
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee. Saya boleh membuat c.o.d di kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas. Saya boleh dihubungi di 017-9051711. Tiada cas dikenakan semasa c.o.d  :)

No comments:

Post a Comment