Tuesday, February 3, 2015

Kenali Jenis Kegemukan Bantu Turunkan Berat Badan Dengan Mudah



Tahukah anda gemuk pun ada pelbagai jenis?Mestilah anda semua dah tahu kan. Tapi saya akan kongsikan juga dengan anda semua jenis-jenis gemuk yang ada. Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus berat ideal.

Ini berlaku disebabkan kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak di bahagian tertentu badan.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.
• Apabila mengambil set ini, akan kerap mengeluarkan angin dan mengalami pening kepala pada peringkat awal.

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.


Gemuk Daging/lemak
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin ni kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi gemuk daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Macam yang diajarkan dekat sekolah la, lemak tepu tu susah la skit nak turun tanpa sit up tapi bagi lemak tak tepu tu senang je. Harus diingatkn kadar penyerapan makanan oleh usus bersih adalah 75% berbanding 25% sebelum dicuci.


Kategori Gemuk

1. Gemuk bentuk badan epal (android obesity pattern)

Jenis ini dikenali sebagai kegemukan kawasan perut. Kandungan lemak di sekitar organ boleh menyebabkan pelbagai kelainan metabolik seperti gangguan toleransi glukosa, diabetes, kadar kolesterol dan trigliserida meningkat serta hipertensi.

2. Gemuk berbentuk pear (gynoid obesity pattern)

Jenis ini dikenali sebagai kegemukan di kawasan pinggul dan peha. Umumnya berlaku di kalangan wanita.



Inginkan penyelesaian masalah gemuk yang anda alami? Jom baca Cara Dapatkan Berat Badan Ideal anda.

No comments:

Post a Comment