Sunday, February 8, 2015

KEKURANGAN KALSIUM BOLEH MENYEBABKAN 200 JENIS PENYAKIT, BETUL KE?

Tahukah anda, kekurangan kalsium dalam badan boleh menyebabkan 200 jenis penyakit? Alamak !! 200 jenis penyakit? Banyak sangat tu.Jadi jangan pandang remeh dengan kekurangan kalsium dalam badan okay, terutama sekali kaum WANITA YANG MENGANDUNG. Kenapa? Sebab ibu mengandung akan kongsi kalsium dengan bayi, sebab itulah ada yang kena kejang otot semasa mengandung.



PENYAKIT AKIBAT KEKURANGAN KALSIUM

Ini antara penyakit yang popular di kalangan individu yang KURANG KALSIUM DALAM BADAN.


  1. Insomnia - Kekurangan kalsium menyebabkan susah untuk tidur dan seterusnya tidak berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti. Semasa tidur pula kita tak dapat masuk ke fasa tidur yang nyenyak. Tidur sangat penting untuk pemulihan tenaga dan tubuh. Jadi, bila tak cukup tidur akan menyebabkan kita susah bangun pagi ataupun bangun dalam keadaan masih letih dan tak bermaya!
  2. Ketidakseimbangan emosi - Kekurangan kalsium menyebabkan kita lebih mudah panik, risau, Stress dan sebagainya. Jadi, kalsium sangat penting untuk membantu menenangkan diri.
  3. Sistem imun yang lemah - Bila tubuh kekurangan kalsium menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. Ini menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain dan seterusnya mengganggu kehidupan.
  4. Kelesuan - Kalsium bekerjasama dengan vitamin dan mineral untuk membantu tubuh dan minda cukup bertenaga untuk berfungsi secara optimum. Apabila kalsium kekurangan, boleh menyebabkan kelesuan sepanjang hari. Seterusnya mempengaruhi emosi dan pemikiran menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain.
  5. Kerosakan gigi dan tulang - Kekurangan kalsium yang runcing menyebabkan penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.
  6. Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan otot, kebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya.
Banyak lagi penyakit yang disebabkan kekurangan kalsium, kalau list semua dalam ni memang anda semua akan risau.

KESAN KEKURANGAN KALSIUM


Ia boleh dibahagikan mengikut tahap umur; dewasa dan kanak-kanak

Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:

  • Mudah kejang otot atau semut-semut (terutamanya ibu-ibu mengandung)
  • Insomnia atau masalah sukar untuk tidur
  • Usus lemah dan sering mengalami sembelit
  • Mengalami sakit pinggang dan juga kaki
  • Cepat marah dan terkejut
  • Luka susah untuk sembuh. Dan jika luka, darah lambat membeku
  • Sakit sendi
  • Kadar metabolisma menjadi rendah
  • Berisiko mengidap penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Tidak bermaya dan sering keletihan.  
  • Rambut gugur (masalah wanita selepas bersalin)  


Kanak-kanak juga boleh kurang kalsium. Adakah anak anda mempunyai simptom-simptom seperti ini?

  • Kurang selera makan dan memilih dalam pemakanannya
  • Sering terkejut dan menangis malam
  • Gigi lambat tumbuh (selepas 10 bulan)
  • Terlalu aktif (“hyperaktif”)
  • Kaki bengkok
  • Mula berjalan lambat (selepas 13 bulan)
  • Tidak tinggi dan badan yang lemah
  • Kerap berpeluh ketika tidur
  • Tidur sering tidak lena (tidak mendapat tidur berkualiti)
Cuba cek tengok balik ye, adakah kalsium dalam badan kita cukup? Kalau tak cukup memang wajib minum 8 gelas susu sehari untuk dapatkan kalsium secukupnya untuk tubuh kita. Tak suka minum susu? Jangan risau, saya boleh bantu anda untuk Tambah Kalsium Secukupnya untuk tulang anda.

No comments:

Post a Comment