Wednesday, February 11, 2015

Sperma Yang Sihat Menentukan Tahap Kesuburan

Kali ini jom kita sama-sama belajar tentang sperma. Saya pun masih kurang arif tentang sperma almaklumlah masa sekolah dulu tak ambil subjek Biologi, just ambil Lukisan Kejuruteraan.



Sperma memiliki kitaran kehidupan tertentu mengenai berapa waktu yang diperlukan agar matang dan juga berapa lama sperma bertahan di dalam tubuh (rahim) bagi seseorang perempuan. Hal ini boleh membantu seseorang memahami lebih lanjut tentang sperma.

Seperti petikan dari Foxnews, Dr David Shin, Ketua pusat kesihatan seksual dan kesuburan di jabatan urologi dari Hackensack University Medical Center di New Jersey menyatakan beberapa rahsianya:

1. Sperma dihasilkan di testis dan memerlukan waktu selama 10 minggu untuk menjadi matang. Sperma yang matang ini boleh menunggu selama dua minggu di organ yang disebut epididimis (tempat penyimpanan sperma), organ ini berada di atas testis.

2. Berat dari sperma manusia sebesar 55 mikron (mikrometer atau sepersejuta meter).

3. Sperma ini sendiri berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud ‘biji atau benih’, yang hanya boleh berenang ke depan dan tidak boleh berundur.

4. Bentuk sperma yang normal memiliki kepala dan ekor, sedangkan yang abnormal memiliki dua kepala atau dua ekor.

5. Laki-laki yang sihat akan menghasilkan 70-150 juta sperma sehari. Sperma ini terdapat dalam air mani yang mana rata-rata volume air mani normal yang dihasilkan pada ejakulasi adalah 2-5 ml (setengah hingga 1 sudu makan ukuran standard).

6. Dari setiap cairan semen (air mani) hanya terdapat sperma sebanyak 5 persen. Kebanyakan cairan semen ini terdiri dari cairan yang memberikan nutrisi serta menjadi pelindung pada masa sperma masuk melalui saluran reproduksi perempuan.

7. Sperma mampu bergerak rata-rata sejauh 1-4 milimeter per minit. Untuk menempuh perjalanan menuju sel telur di dua tabung falopi, sperma memerlukan waktu 45 minit – 3 jam.

8. Dari sperma yang keluar saat ejakulasi, hanya sekitar 25-50 persen saja yang boleh bergerak maju (ke depan) dengan baik dan kadang kala ada sperma yang memerlukan waktu selama 3 hari untuk mencapai sel telur.

Sperma yang sudah masuk ini mampu bertahan hidup sampai 5 hari di dalam rahim perempuan. Keadaan ini membuat seseorang wanita boleh hamil setelah beberapa hari melakukan hubungan seksual.

9. Sperma ini mengandung Y dan X, sperma Y untuk membuat anak laki-laki dan berenang lebih cepat kerana beratnya lebih sedikit berbanding sperma X (untuk membuat anak perempuan).

10. Untuk meningkatkan pergerakan dari sperma agar boleh berenang dengan cepat dan baik adalah dengan pengambilan banyak buah-buahan dan sayuran, mengurangi stres, berolahraga secara teratur, memerhatikan berat badan, menghindari penggunaan narkotin dan menghindar minuman beralkohol.

Mungkin ada yang tercari-cari suplemen untuk pastikan badan anda menghasilkan sperma yang sihat. Anda mungkin boleh cuba ambil Zinc Complex.

Sumber : foxnews, detikhealth

No comments:

Post a Comment