Wednesday, February 4, 2015

Buasir Punca Takut Nak masuk Tandas dan Berat Berlebihan

APAKAH BUASIR?



Hemorrhoid atau Buasir adalah penyakit yang disebabkan oleh pembengkakan atau keradangan salur darah vena di bahagian dubur ( anus) atau akhir usus ( rectum). Buasir selalunya terjadi di sebabkan oleh proses meneran semasa membuang air besar ataupun disebabkan oleh meningkatnya tekanan darah di dalam vena semasa mengandung.

Buasir (hemorrhoid) biasanya menjadi topic yang memalukan jika dibincang ,akan tetapi buasir merupakan penyakit ringan yang kerap berlaku.Setakat ini pelbagai cara rawatan yang berkesan telah ditemui bagi merawat pesakit-pesakit buasir.

SIMPTOM-SIMPTOM

Antara simptom-simptom buasir adalah :

Pendarahan semasa membuang air besar tetapi tiada rasa sakit (warna darah yang cerah dapat dilihat pada tisu tandas ataupun mangkuk tandas) gatal-gatal atau beradang sakit atau rasa tidak selesa bengkak pada sekeliling anus ketulan yang menyakitkan disekitar dubur.

Biasanya simptom-simptom buasir bergantung pada tempat sama ada buasir dalaman (internal hemorrhoid) ataupun buasir luaran (external hemorrhoid).

Buasir dalaman (internal hemorrhoid): di dalam kawasan rektum tidak dapat dilihat dan dirasa tidak menyebabkan rasa tidak selesa jika meneran akan menyebabkan ia berdarah,rasa sakit dan beradang

Buasir luaran (external hemorrhoid) : bawah lapisan kulit di sekitar anus berdarah atau gatal jika dirangsang kadang-kadang boleh menyebabkan darah membeku dan menyebabkan thrombus (darahbeku yang menyumbat salur darah).Kesannya sakit yang teruk,bengkak dan beradang

BILAKAH PERLU BERJUMPA DOKTOR

Pendarahan ketika membuang air besar merupakan tanda utama buasir .Tetapi keadaan ini boleh berlaku pada penyakit lain seperti kanser usus dan kanser anus.Bukan semua pendarahan datang daripada penyakit buasir,oleh sebab itu bejumpalah doktor dengan segera jika ada perubahan pada rutin perkumuhan anda ataupun jika najis kehitaman atau merah pekat atau najis berdarah.Keadaan tinja akan memberikan gambaran tahap pendarahan yang dialami.Rawatan kecemasan perlu jika anda mengalami pendarahan yang terlalu banyak,muntah-muntah,pening,atau tidak sedarkan diri.

FAKTOR PENYEBAB

 Salur darah di sekitar anus berpotensi untuk membonjol,bengkak dan kemudiannya pecah.Ini disebabkan oleh tekanan yang tinggi pada salur darah. Tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh : meneran ketika membuang air besar duduk terlalu lama di dalam tandas cirit-birit yang teruk atau sembelit kegemukan mengandung golongan berumur kerana salur darah semakin lemah

KOMPLIKASI

Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi: Anemia : Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan . Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak(gangrene) .

Ingin tahu untuk rawat buasir anda? Jom baca Ikhtiar Rawat Buasir Secara Moden Tapi Berhasil. Semoga saya dapat bantu anda selesaikan masalah buasir anda.

No comments:

Post a Comment