Sunday, February 22, 2015

AWAS !! KANSER PROSTAT MENGANCAM LELAKI

Biasanya kita jarang ambil tahu tentang kanser prostat sebab jarang sangat dengar kan. Kalau ada pun kes kanser prostat tak banyak sangat. Biasa dengar tentang kanser yang berkaitan wanita sahaja. Namun akhir-akhir ni kerap pula kisah tentang kanser prostat ini muncul di corong radio dan di kaca TV. Jom kita pelajari apa itu kanser prostat.



Apakah itu Kanser Prostat?

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun.

Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

Penyebab/Faktor Risiko

Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:

* Usia

Risiko kanser prostat meningkat dengan usia, lebih-lebih lagi selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia lebih 65 tahun.

* Sejarah Keluarga

Risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.

* Hormon

Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.


Tanda & Gejala.


  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.
  • Jika anda mengalami gejala ini. Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya


Peringkat kanser prostat:

Peringkat 1 Kanser melibatkan kelenjar prostat.
Peringkat 2 Kanser melibatkan 5% kelenjar prostat.
Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, nodus limfa pelvik atau bahagian lain terutamanya tulang.

Setakat ini sahaja dulu perkongsian saya tentang kanser prostat. Jadi mulai hari ini, sama-samalah kita jaga kesihatan diri kita. Jangan sampai dah tahap kesihatan makin teruk baru nak jaga. Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada gunanya.

No comments:

Post a Comment