Saturday, February 7, 2015

4 SEBAB 'PARABEN' PERLU DINYAHKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya yakin sangat yang masih ramai lagi dekat luar sana tidak peka dengan kehadiran paraben dalam kehidupan seharian kita, betul tak? Sebelum saya kongsikan 4 sebab kita perlu nyahkan paraben dalam kehidupan seharian kita, saya jelaskan dulu apa itu paraben.



Paraben ialah bahan kimia pengawet yang selalu digunakan dalam kebanyakan produk yang berkait dengan kita seperti KOSMETIK,LOSYEN,PELEMBAP,SYAMPU,PRODUK PENCUKUR,PENCUCI BADAN serta MEKAP. Paraben juga mungkin boleh didapati dalam sesetengah makanan dan suplemen.

Fungsi paraben ialah untuk memastikan kosmetik kita tahan lama. Dalam erti kata lain ia membantu mengelakkan bakteria atau mikroorganisma merosakkan produk. Sebab tu lah kalau anda perasan, alat mekap memang lambat rosak. Haa! itulah fungsi paraben dalam kosmetik kita.

Terdapat beberapa jenis paraben yang biasa digunakan dalam mekap iaitu
  1. Ethylparaben
  2. Propylparaben
  3. Methylparaben
  4. Butylparaben
Menurut kajian, tubuh dapat menyerap sebanyak lebih kurang 2 kg bahan kimia dari kosmetik setiap tahun. Banyak sangat tu 2KG, tapi kita tak pernah ambil tahu pun kan. Untuk pengetahuan semua, Paraben dapat ‘meniru’ hormon dalam badan dan menganggu fungsi sistem endokrin badan.

Berikut merupakan risiko kesihatan yang mungkin kita hadapi jika berterusan mengambil bahan Paraben ini:

  • Kanser Payudara

Paraben dapat meniru estrogen dan menggangu sistem hormon tubuh badan.Universiti Cornell melaporkan bahawa pendedahan terhadap estrogen dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan risiko diserang barah payudara.

Estrogen merupakan bahan kimia sintetik yang berfungsi seperti estrogen, memainkan peranan dalam menggalakkan pertumbuhan sel payudara dan memberi kesan kepada hormon lain yang menggalakkan pertumbuhan sel payudara. Badan kita tidak dapat memusnahkan estrogen sintetik dengan mudah, dan ia dapat berkumpul di dalam sel lemak, termasuklah tisu payudara.

  • Matang sebelum sampai usia
Kebolehan Paraben untuk meniru hormon lain menjadikan ia gangguan kepada sistem endokrin badan. Sistem endokrin merembeskan hormon ke dalam aliran darah dan terlibat dalam fungsi tertentu dalam penghadaman dan metabolisma badan.

Gangguan endokrin ini boleh membuatkan budak lelaki dan perempuan matang atau akil-baligh sebelum usia yang sepatutnya seperti yang dilaporkan oleh akhbar The New York Times.
Pengkaji endokrin telah membuat pemerhatian dan mendapati gadis seawal 8 tahun telah menunjukkan pertumbuhan payudara dan bulu ari-ari. Gangguan endokrin juga dapat menyumbang kepada pembesaran testis dan perkembangan payudara terhadap budak lelaki.
  • Mengurangkan kadar pengeluaran sperma

Paraben juga memberi kesan terhadap sistem reproduktiviti lelaki. Dalam satu kajian, para pengkaji telah menyuntik paraben kepada beberapa ekor tikus yang berusia 3 minggu. Selepas 4 minggu, pengkaji telah meneliti tikus tersebut dan mendapati pengeluaran spermanya telah menurun yang berkait rapat dengan jumlah paraben yang diterima. 

Tikus yang menerima dos paraben yang banyak yang konsisten dengan pengambilan paraben harian di Eropah dan Jepun, menunjukkan penurunan kadar sperma yang ketara.

Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa bilangan sperma berkurangan dan juga penurunan testoteron lelaki.Ini disebabkan oleh penyerapan Paraben di dalam produk komersial.

  • Penuaan Pra-Matang
Kajian mendapati produk kosmetik yang mengandungi paraben mempercepatkan proses penuaan kulit. Seperti yang dilaporkan oleh live-naturally.co.uk, penyelidik dari Universiti Kyoto Prefectural Perubatan di Jepun mendapati bahawa jenis metil parabens meningkatkan kepekaan dan kerosakan dari matahari; iaitu, apabila terdedah kepada sinar ultraviolet, sel-sel kulit mati pada kadar yang lebih cepat daripada biasa.

Oleh itu, seseorang itu perlu melihat kandungan bahan-bahan adakah ia mengandungi methylparabens sebelum membeli produk kecantikan untuk kulit. Oleh sebab itu kita perlu berhati-hati semasa memilih produk kosmetik. Siapa nak nampak tua adari usia. Betul tak?

Ok, sekarang semua dah tahu kan Paraben tu berbahaya untuk kita. Sekarang cuba tengok alat kosmetik dan losyen kita, kalau ada Paraben rasanya lebih elok kita buang dan bertukar kepada sumber yang tidak mempunyai paraben. Masih belum terlambat untuk kita jadi pengguna yang bijak.

No comments:

Post a Comment