Monday, February 2, 2015

3 TIPS KURANGKAN MASALAH BENGKAK SUSU

Bengkak susu? Pasti ibu-ibu yang dah alami masalah ini tahu betapa sakitnya kena bengkak susu kan. Walaupun saya sendiri masih belum ada pengalaman tentang bengkak susu ni, tapi melalui perkongsian daripada adik-beradik bintang, bengkak susu ni memang sakit.

Apa tu bengkak susu? Bengkak susu tu bukan bermaksud susu yang anda hasilkan tu berketul-ketul .Tapi bengkak susu ni jadi bila susu yang anda hasilkan tu sangat la banyak sampai tak tertanggung perut bayi anda untuk minum.Dengan erti kata lain sebenarnya bengkak susu ni  merupakan satu petanda yang baik.Kenapa? Kerana tu bermakna anda berpotensi besar untuk menyusukan bayi anda sehingga ke 2 tahun..

Jadi macam mana bengkak susu ni terjadi? Ia terjadi bila susu di hasil kan terlalu banyak, dan tidak di keluarkan. Dan sebab kedua adalah bra yang anda pakai tu tak sesuai dengan saiz breast anda. Jadi buat ibu-ibu sekalian, jika anda merasa susu anda masih banyak di dalam dan bayi anda telah selesai menyusu maka rajin-rajinkanlah diri untuk pam susu tu bagi keluar sampai habis dan simpan untuk kegunaan masa akan datang.

Bila susu yang banyak tidak di pam keluar, maka lama kelamaan susu yang terhasil sikit-sikit akan menjadi terkumpul di dalam...kesan tu akan dapat di rasa dengan jari, akan ada ketul-ketulan di bahagian breast anda tu.Bila dah jadi camtu maka anda akan rasa sangat sakit dan anda terpaksa tanggung sakit tu sorang-sorang. Nak angkat tangan pun seksa bila sakit nya menyucuk

Sebenarnya banyak juga petua orang dulu-dulu cara nak hilangkan bengkak susu ni, tapi saya kongsi 3 cara paling mudah dan konfem tip top penghasilan nye

i) Tuam dengan air panas

Tak kisah la anda nak pakai tungku ke tuala ke, janji istilah dia tuam. Cara paling mudah, masuk air panas tu dalam botol dan tuam. Lagi mudah!

ii) Urut 

Tak payah la sampai cari mak cik tukang urut tu datang semata-mata untuk urut breast korang.Urut sendiri dah.Guna jari anda tu, ambik minyak panas, cari tempat yang terasa berketul-ketul tu dan letak jari anda dan urut dengan buat teknik berpusar/membulat pada ketulan tu sampai ketulan tu hilang.

iii) Mandi air suam

Tak kisah la kalau rajin nak pegi kolam air panas ke apa ke.

Selesai korang buat sume, korang tunggu je result dia pagi sok...confem susu asyik mengalir kuar...masa tu jangan ulang lagi kesilapan lalu, sila la rerajin pam susu korang tu...

Eh..eh..Ada lagi rupanya tips yang saya terluapa nak share. Yang memang paling mudah dan kacang lah orang cakap. Anda boleh ambil Lecithin juga untuk kurangkan masalah bengkak susu tu. Telan 6 biji terus sekaligus. Bukan elok untuk bengkak susu je tapi siap boleh bantu anda kurus lagi.

No comments:

Post a Comment