Thursday, February 19, 2015

10 PUNCA JERAWAT SANGAT DEGIL NAK TINGGALKAN ANDA

TAHUKAH ANDA KENAPA MASALAH JERAWAT TIDAK PERNAH SEMBUH?


1. ALAHAN KEPADA MAKANAN
Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng,pedas,kopi,coklat dan makanan laut yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat
Kuantiti air yang tidak mencukupi tidak dapat membuatkan badan untuk mengalirkan toksin.
Oleh yang demikian,toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan jerawat bertambah teruk.
Anda dinasihatkan supaya makan lebih banyak buah-buahan segar,sayuran dan minum air yang mencukupi supaya mempercepatkan aliran toxin dari badan.

2.TIDUR.
Pembaikan sel-sel sistem badan tidak berfungsi dengan baik jika kurangnya tidur. Harus tidur
sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jam 12mlm-3pagi merupakan masa sistem badan iaitu hati tengah menjalankan tugas.

3. SEMBELIT
Sembelit membuatkan toksin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Toksin yang berlebihan akan tersekat dan akan dikeluarkan naik pergi melalui kulit wajah. Timbulnya jerawat dan lambat untuk sembuh selagi masalah sembelit ini tidak diselesaikan.

4.  PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH.
Pemilihan produk yang kuat bahan didalamnya membuatkan masalah jerawat akan jadi lebih teruk. Selain itu sering bertukar memakai produk juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.

5. BAKTERIA.
Menyentuh dan memicit jerawat mengundang masalah lebih besar. Jerawat akan bertambah lebih banyak seperti berjangkit. Ini kerana kemasukan bakteria telah berlaku. Dan parut hitam juga akan terjadi jika sering menyentuh jerawat dengan jari.


6. HORMON TIDAK SEIMBANG.
Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Dan terus dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak.

7.PENJAGAAN MUKA YANG TIDAK BERTERUSAN.
Tidak berdisplin untuk megikuti basic jagaan muka iaitu memakai cleanser,toner,moisturiser,anti-blemish dan sunblock.

8.TERDEDAH DENGAN PERSEKITARAN
Terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan seperti asap kereta


9.HATI TOKSIN.
Hati yang bertoksin penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Perlu ambil ubat daaman untuk membersihkan hati. Jerawat berpunca juga dari dalam badan kita.
Darah yang kotor adalah salah satu puncanya. Sebab itulah ramai yang kini sedar betapa pentingnya mendermakan darah dan berbekam.

10.JAGAAN SALON.
Tidak cukup dengan memakai produk,wajah yang berjerawat juga perlu merujuk kepada pakar kulit.
Melakukan facial atau rawatan muka 2x sebulan supaya jerawat cepat sembuh.

Berminat nak tahu cara untuk nyahkan tokin dan jerawat dari diri anda. Jom klik DI SINI

No comments:

Post a Comment