Friday, January 16, 2015

FORMULA D.O.I.T.N.O.W BUAT YANG BARU INGIN BERMULA

Dah lama rasanya tak sempat nak mencoret dalam blog saya ni. Sejak banjir sampai lah ke hari ini, ini baru sempat nak mengorek idea balik nak berkongsi dengan anda semua. Untuk entri kali ini saya bukan nak kongsikan pasal vitamin okay, just nak kongsi ilmu yang saya ada baca sebelum ini.

Pasti semua orang tahu kan, nak berjaya tak boleh bertangguh. Mulakan langkah menuju kejayaan walaupun hanya permulaan kecil. Selagi kita tak mula, selagi itulah kita takkan tahu arah tuju kita. Betul tak??

Kali ini saya nak kongsikan formula D.O.I.T.N.O.W dengan anda semua. Semua orang faham maksudnya kan. Tentulaha maksudnya LAKUKAN SEKARANG. Dah memang itu cara orang berjaya,tak boleh bertangguh walaupun seminit. Masa itu emas. Ok, sekarang jom kita tengok apa yang formula ni boleh bantu kita untuk perbaiki diri kita.

DIVIDE (Membahagikan).

Bahagi dan mengawal tugasan atau perkara yang perlu dilakukan. Pecahkan
tugasan yang besar kepada tugas-tugas yang lebih kecil bagi memudahkan kita
mengawal aktiviti dan masa yang diperuntukan. Pastikan setiap tugasan yang
ingin dilakukan mempunyai tarikh sasaran untuk menyelesaikannya. Tarikh
sasaran mestilah realistik dan mampu dicapai.

ORGANIZE (Mengatur)
Mengatur kesemua tugasan mengikut keutamaan kepentingan. Tugasan juga
perlu diatur dengan kaedah bagaimana kita hendak melakukannya.

IGNORE (Abaikan)
Abaikan segala gangguan yang tidak kena mengena dengan tugasan yang hendak
kita laksanakan.

TAKE THE TIME (Ambil Masa)
Ambil masa dalam melakukan sesuatu perkara yang kita kurang fahami.
Mempelajarinya terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah timbul sewaktu tugas
ingin dilaksanakan.

NOW (Sekarang)
Bertindak sekarang! Bukan esok mahupun lusa. Jangan melengah-lengahkan
masa. Fast Action, Fast Result!

OPPORTUNITY (Peluang)
Apabila mendapat peluang yang menguntungkan, bertindak cepat untuk
mendapatkannya. Peluang bukan dari segi perniagaan sahaja, peluang juga boleh
dikaitkan dengan peluang masa. Jika sesuatu tugasan dapat dilaksanakan
dengan cepat dari tarikh sasaran, jangan lengahkan masa terus laksanakan tugasan seterusnya.

WATCH OUT TIME (Perhatikan Masa)
Sentiasa memerhatikan masa sasaran yang diperuntukan bagi suatu tugasan.

Haaa!!! Sekarang semua dah tahu kan macam mana formula D.O.I.T.N.O.W. Agak-agak apa yang anda semua nak buat. Nak baca dan abaikan sahaja formula yang saya dah kongsikan dengan anda ni. Atau nak cuba apply dalam hidup anda. Tepuk dada tanya hati. Semoga perkongsian saya kali ini memberi manfaat untuk anda dan diri saya sendiri juga :)

No comments:

Post a Comment