Tuesday, December 2, 2014

PETUA CANTIKKAN KULIT MUKA SUPAYA KELIHATAN BERSERI-SERI

Ramai yang inginkan kulit muka yang berseri-seri kan?? Betul tak??? Saya pun suka bila dapat tengok kulit muka berseri tanpa sebarang cela. Kali ini saya akan kongsikan petua cantikkan kulit muka dengan anda semua.

Ini antara cara-cara mudah yang anda semua boleh cuba, saya sendiri pun dah cuba. Memang dapat hasil yang sangat best.

Cara 1

Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering kemudian
cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi
kemudian lapkan dengan tuala yang bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka
anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

Cara 2

Ambil buah tomato makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam.
Muka akan menjadi licin dan halus. Selamat mencuba !!

Cara 3

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka.
Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut
kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu
anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan
mengelakkan daripada kulit muka kering.

Cara 4

 Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.

Cara 5

Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.

Ini antara petua cantikkan kulit muka yang paling mudah dan jimat. Rugi sangat kalau tak cuba. Kulit berseri, hati tenang & suami sayang.


 Manakala cara untuk naikkan seri wajah ialah:

Cara 1

Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan
pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi .
In shaa Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

 Cara 2

Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( di kawasan yang tiada pencemaran )
dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu in shaa Allah

Cara 3

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana-mana anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. In shaa Allah, wajah anda akan berseri-seri. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Al-quran dan berwirid.

Cara 4

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…

Selain daripada cara di atas , ada lagi yang saya tambah dalam petua cantikkan kulit muka saya. Saya amalkan Set Kecantikan Kulit untuk cantik dari dalam dan juga luaran.

No comments:

Post a Comment