Monday, December 1, 2014

4 Punca Ketagih Makanan Ringan

Ramai yang ketagih untuk mengambil makanan yang tidak sihat, terutamanya jenis makanan ringan. Perlu diketahui bahawa keinginan untuk mengambil makanan ringan adalah didorong oleh tabiat pemakanan individu itu sendiri. Oleh itu anda perlu mengubah tabiat tersebut. Berikut adalah beberapa kebiasaan yang lazimnya membuatkan seseorang itu terdorong untuk menjadikan makanan ringan sebagai 'teman'.

Lewatkan waktu makan.

Melengah-lengahkan waktu makana mampu menurunkan paras gula di dalam darah. Kesannya, keinginan untuk mengunyah terutamanya makanan yang tidak menyihatkan sentiasa meningkat. Patut la, kalau saya terlewat makan ada keinginan nak cari jajan. Memang nak kena betul-betul jaga WAKTU MAKAN ni. 

Ini kerana tubuh akan menghantar isyarat yang membuatkan anda ingin mengambil lebih banyak karbohidrat lagi untuk hasilkan tenaga. Oleh itu, kita kena perlu disiplinkan diri makan pada waktu makan yang tepat.

Emosi tidak stabil

Ketidakstabilan emosi pun jadi punca ketagih makanan ringan? Jangan terkejut pula ye, sebab ini memang fakta. Ini berlaku akibat daripada kurang tidur. Kurang tidur akan mempengaruhi keinginan untuk ambil makanan ringan.
 
Sudahnya perasaan letih yang menekan menghendaki badan agar mencari sumber tenaga dengan cepat di mana ia terkandung di dalam karbohidrat serta gula. Faktor inilah yang menyebabkan anda semakin berkinginan untuk mengambil makanan ringan.

Tekanan

Kalau yang ni, memang saya sendiri akui. Perkara ini saya lalui masa zaman study dulu-dulu. Bila dah masuk study week , masa tu lah sibuk dengan presentation , assignment dan test.Bila dah sibuk sangat, otak agak stress sikit. Dan bila dah stress mesti perasaan nak makan COKLAT BAR tu datang serta-merta.

Tapi ini tidak elok untuk diamalkan. Seeloknya kita cuba cari alternatif lain untuk elak dari mengambil makanan ringan. Mungkin boleh dijauhkan makanan-makanan tersebut ketika anda merasa tidak tertanggung memikirkan masalah.

Marah

jangan terkejut jika ada yang memberikan alasan bahawa makanan ringan boleh menghilangkan rasa marah dengan melepaskan emosi yang membebankan. Jadi, selepas ini cuba elakkan diri dari mengunjungi restoran makanan segera atau mengambil makanan ringan ketika marah.

Belajar untuk kawal atau lepaskan emosi dengan cara yang sihat dan betul.Tidak mustahil selepas ini anda akan merasa satu ketenangan.

So, anda semua dah tahu punca ketagihan makanan ringan kan? Apa kata kita cuba elakkan diri kita untuk cari benda untuk kunyah sebelum sampai waktu makan. Kalau nak tahu lebih lanjut kena KLIK DI SINI. In shaa Allah dapat bantu anda kurangkan rasa ingin mengunyah.

No comments:

Post a Comment