Monday, November 3, 2014

USIA PALING SESUAI UNTUK AMBIL MINYAK IKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk anda yang sudi menjenguk SPV. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda tentang Usia Paling Sesuai Untuk Ambil Minyak Ikan, sepertimana yang saya baca dalam majalah i-Sihat.

Soalan: Assalamualaikum. Anak saya sering mengalami keletihan setiap kali pulang dari sekolah. Ada yang berpendapat anak saya kekurangan vitamin dalam badan seperti minyak ikan. Adakah kanak-kanak memerlukan minyak ikan untuk memberi mereka tenaga? bagaimana pula dengan kuantiti yang saya perlu berikan? Nadia, Kuala Kangsar




Jawapan: Minyak ikan kaya dengan sumber asid lemak omega 3, asid alfa linolenik. Terdapat beberapa jenis asid lemak perlu iaitu asid lemak omega 3, asid alfa linolenik dan asid lemak omega 6,
asid linelonik. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu di ambil daripada makanan. Badan manusia tak akan mampu untuk menghasilkannya sendiri. Asid lemak perlu akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandin.

Prostaglandin adalah merupakan bahan yang amat penting dalam sistem biologi manusia termasuklah dalam sistem imuniti, sistem pencernaan,, proses ekspresi gen, sistem baik pulih sel, proses tekanan bendalir dan pengawal aturan suhu badan.

Asid lemak omega 3 mempunyai kesan biologi untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kanser, penyakit alzhemier, sakit buah pinggang, sakit jantung dan lain-lain. Kesimpulannya setiap individu memerlukan asid lemak perlu untuk membolehkan setiap sel dalam tubuh berfungsi secara normal.

Selain itu, tiada usia yang khusus yang menetapkan pengambilan minyak ikan. Bayi seawal usia di dalam kandungan juga boleh mendapatkan asid lemak omega 3 melalui pemakanan si ibu. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kesan positif pengambilan omega 3 semasa mengandung.


Berikut adalah jadual keperluan omega 3 dan omega 6 mengikut umur.


Kajian oleh Helland el. al (2008) membandingkan wanita mengandung A yang mengambil 1183mg DHA (serta 803mg EPA) setiap hari (bermula pada minggu ke-17 hingga 19 usia kandungan) dengan wanita mengandung B yang cuma mengambil 10ml minyak jagung menunjukkan wanita A melahirkan anak yang mempunyai tahap !Q iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi sehingga kanak-kanak itu berumur tujuh tahun berbanding dengan kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita B yang mengambil minyak jagung. Anak wanita A juga mempunyai kualiti tifur dan imuniti yang lebih baik. Namun rangsangan awal kepada anak juga mempengaruhi tahap IQ si anak.

Agak-agak anda tergolong dalam golongan yang mana? Kalau tergolong dalam golongan di atas, boleh hubungi saya untuk dapatkan Omega Guard Shaklee sempena promosi bulan November. Bertindak segera demi kesihatan anda.

NORDIANA OMAR
017-9051711
SID 1067854
THE BEST SID IN TOWN

No comments:

Post a Comment