Sunday, November 9, 2014

TUA SEBELUM USIA?? JANGAN BIARKAN WAJAH KABURI USIA

Umur baru nak masuk 20 tahun tapi ramai ingatkan umur dah 30. Pasti menakutkan terutama sekali buat kaum wanita. Ha macam mana tu? Jadi untuk elakkan kita nampak lebih tua dari usia, kita sendiri sebenarnya harus berusaha untuk sentiasa kekal awet muda.Nak kekal awet muda tu macam mana pulak cara nye ye. Hehe. Okay, jom saya kongsikan dengan anda cara nak kekal awet muda.


  1. Amalkan ulam-ulaman

    Ini kalau diikutkan adalah petua orang lama, tapi memang terbukti individu yang amalkan ulam-ulaman nampak lebih awet muda. Ini kerana khasiat yang sangat banyak dari ulam-ulaman yang tumbuh sendiri dan segar. So, ia dapat membantu mengekalkan nutrisi dan memberikan khasiat terbaik untuk badan.
  2. Banyakkan minum air putih

    Seperti yang kita semua tahu, air putih sangat penting untuk membersihkan tokin dalam badan kita. Bila toksin banyak dalam badan macam-macam masalah kulit serta kesihatan yang akan timbul.Jadi kita perlu nyahtoksin badan kita dengan perbanyakkan minum air putih. Sekurang-kurangnya 3 LITER air putih.
  3. Makan buah-buahan segar

    Buah-buahan kebanyakannya mempunyai antioksidan yang tinggi. Antioksidan tersebut membantu untuk menjadikan kulit kelihatan awet muda dan berseri. Kerana sel-sel dalam badan akan bertindak balas dengan antioksidan yang dibekalkan oleh buah-buahan.
  4. Ambil makanan tambahan atau suplemen

    Walaupun kita sudah ambil macam-macam makanan berkhasiat, itu bukan penentu aras bagi menunjukkan kita sihat. Kita tetap perlukan makanan tambahan atau suplemen bagi memastikan badan kita menyerap segala khasiat secara optimum. Kerana keadaan persekitaran kita sekarang mungkin menjadi punca nutrisi yang sedia ada tidak mencukupi.
  5. Jaga amalan rohani

    Yang ini rasanya ramai yang dah tahu. Amalan rohani juga membantu untuk membuatkan kita kekal awet muda. Amalan-amalan sunat, zikir dan tasbih boleh menghidupkan rohani kita. Maka akan terserlah kecantikan dari dalam lagi.
Semoga perkongsian saya pada kali ini akan memberikan manfaat kepada anda semua dan diri saya juga.

No comments:

Post a Comment