Monday, November 3, 2014

TIPS PALING SIMPLE UNTUK HILANGKAN JERAWAT KECIL PADA WAJAH

Jerawat kecil pada wajah seringkali mengganggu penampilan wajah. Mungkin akan buat solekan nampak bertompok atau tidak sekata. Lagi satu mesti anda akan rasa rimas bila kulit wajah ada biji-biji kecil.

Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan dengan anda tips paling imple untuk hilangkan jerawat kecil pada wajah anda. Saya sendiri turut amalkan tips ini, alhamdulillah kulit muka saya sekarang sudah semakin bersih dari masalah jerawat kecil ini.


1. Mencuci wajah 2 kali sehari.


Tips menghilangkan jerawat yang pertama adalah dengan cara mencuci wajah 2 kali sehari. Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteria penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan kerana ia akan meningkatkan penghasilan minyak sobaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.
 
2. Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda

Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda,jerawat akan segera muncul pada kulit wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.

3. Elakkan daripada kosmetik yang berminyak.

Secara semulajadi wajah kita akan menghasilkan minyak, bahkan kulit kering sekalipun. Jadi kalau boleh, hindarilah dari menggunakan kosmetik yang berlebihan kerana minyak dan debu akan menjadi bakteria penyebab jerawat untuk bermukim di wajah kita.
 
4. Keringkan wajah dengan kain bersih


Keringkan wajah dengan tuala yang bersih setelah cuci muka atau mandi, kerana bakteria juga menyukai tempat yang lembab dan hangat.
 
5. Minum air putih

Hampir 70% kulit kita terdiri daripada air, dengan minum air minimum 2 liter sehari, maka kulit kita akan selalu segar dan sihat

6. Gunakan pelembab kulit

Menggunakan pelembab akan membantu menyihatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah-pecah. Namun pelembab disini bukan bererti pelembab yang berminyak.Sekarang sudah banyak produk kosmetik yang berasal dari air.

7. selalu pastikan kulit anda bersih sebelum tidur.

Selalu cuci muka anda sebelum tidur agar kulit bernafas dengan baik semasa kita tidur.

8. Banyakkan makan sayur dan buah.



Sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin yang menyihatkan kulit kita. Perbanyaklah makan sayur atau buah, terutama yang mengandungi vitamin E. Dengan kulit yang sihat, maka jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.

Di atas adalah cara yang paling simple nak hilangkan jerawat kecil pada wajah. Selain dari mengamalkan tips di atas, saya juga turut mengamalkan suplemen Vitamin E, ESP dan Vitamin C untuk mencantikkan kulit saya.

No comments:

Post a Comment