Tuesday, November 11, 2014

SKINCARE BAGI MASALAH JERAWAT YANG TERUK

Assalamualaikum semua. Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda set skincare bagi anda yang mempunyai masalah jerawat yang teruk. Ia membantu untuk menjaga kulit anda dari luar.

Set Skincare Untuk Masalah Jerawat


1. Purifying Cleansing Gel (177ml) - Pencuci muka yang lembut, menyingkirkan minyak kotoran dan kesan mekap di kulit wajah, mencerahkan kulit dan memberi PH yang seimbang kepada kulit wajah.

Cuci di bahagian muka dan leher anda selama 3 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Elakkan membilasnya dengan air suam water heater kerana ia boleh membesarkan pori-pori kulit wajah anda.

2. Purifying Toner (177ml) - Menghentikan kerosakan Pro-Oksida, meneutralkan sel-sel kulit rosak akibat air yang paip yang kotor, menyegar dan menghaluskan kulit, mengecilkan liang-liang pori dan mengurangkan kulit berminyak.

Titiskan beberapa titik toner di telapak tangan kemudian tepuk-tepuk perlahan ke kulit wajah anda.

Pastikan tangan anda telah dicuci terlebih dahulu.

3. Balancing Moisturizer (48g) - Menyubur, melembabkan dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah anda. Menjadikan kulit wajah anda halus dan tidak berkilat.  Sapu nipis di kulit wajah anda pada waktu siang dan malam.

4. Eye Treatment (14ml) - Mengurangkan garis-garis halus disekitar kawasan mata anda, mengurangkan kesan lebam dan eye bag di bawah mata. Sesuai juga digunakan di bahagian leher dan mulut.

Mungkin ia akan mengambil masa yang lama untuk memulihkan masalah jerawat yang teruk, tapi saya syorkan anda untuk cuba set ini kerana ia memang terbukti dibuat dari bahan organik dan tanpa bahan kimia. So, takde la maalah kulit makin nipis sebab pakai pencuci muka. Ia hanya bertindak untuk memperbaiki sel kulit anda dari luar.

2 comments:

  1. betul ramai dah guna enfuselle dan suka sebab ia berkesan untuk jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sendiri pun guna enfuselle sbb dulu ada masalah jerawat kecil dekat muka..Alhamdulillah lepas guna enfuselle jerawat makin hilang & kulit terasa lembap

      Delete