Friday, November 7, 2014

RAMAI SUKA MAKAN WALAUPUN SAYA TAK RETI MASAK

Tak reti masak??? Ye, saya memang tak reti nak masak. Tapi itu dulu, sebelum saya meningkat dewasa. Sebabnya saya memang stay dekat hostel dari tingkatan 1 hingga 5. Balik rumah hanya hujung minggu, jadi memang tak sempat nak belajar memasak pun. Lagipun mak saya tak bagi saya tolong dia memasak waktu saya kecil-kecil dulu.Huhu..

Awalnya agak risau gak sebab tak reti masak. Yela, orang perempuan kan. Tak reti masak macam mana nak bagi makan dekat keluarga nanti.Ye tak? So, lepas habis Diploma bermulalah proses belajar memasak saya. Saya banyak refer resepi-resepi dari majalah Mingguan Wanita yang saya kumpul dan melalui pemerhatian masa mak saya memasak. Sebab mak saya tak pernah ajar saya memasak secara direct.

Saya mulalah buat macam-macam eksperimen memasak semasa saya sambung buat Degree dekat UiTM kampus KB sebab masa tu kena duduk rumah sewa. Memang saya try & error je bahan-bahan masakan yang saya gunakan. Walaupun saya cuma masak guna skill try & error saya, alhamdulillah housemate-housemate saya suka dengan masakan saya. Sampai sekarang pun mereka masih ingat makanan yang saya masak walaupun dah hampir 5 tahun kami terpisah. Hehe

Sekian sahaja kisah saya yang tak berapa terror nak masak. Sebelum saya berhenti, saya belanja ikan siakap goreng ikut resepi try & error saya dengan anda semua ye. Enjoy the meal :)


2 comments:

  1. memasak dari hati, tu yang jadi sedap tu sampaikan orang yang makan boleh ingat selama bertahun-tahun..

    ReplyDelete