Thursday, November 13, 2014

PETUA TAMBAH BERAT BADAN SUPAYA TAK DIGELAR CICAK KUBING

Gelaran cicak kubing agak sinonim dengan individu yang kurus, betul tak?? Inilah yang sering digelar kepada anak buah saya kerana beliau tersangatlah kurus orangnya.Kawan-kawan sekolah dulu selalu je gelar dia cicak kubing. Kalau dia tak pakai baju masa ada dekat rumah, memang boleh dikira satu-persatu tulang rusuk dia. Memang macam kulit dengan tulang je badannya.


Nak cakap dia tak berselera makan, kalau makan siap bertambah lagi tu. Mungkin sebab dia kurang ambil sayur-sayuran dan suka makan makanan ringan seperti jajan dan asam, tu yang berat badan tak naik-naik juga tu. Kemungkinan juga kadar metabolisma dia sangat tinggi, jadi apa yang dimakan terus dikumuh dan dibuang.

Jadi untuk tolong beliau,maka saya pun usaha la cari petua tambah berat badan. Nak sangat tengok anak buah saya ini berisi kan.Saya suruh dia cuba petua berat badan yang saya cari ini dan alhamdulillah dah nampak ada perubahan dalam bentuk badan beliau. Saya rasa mungkin ada juga
anda yang dekat luar sana nak tahu petua tambah berat badan ini kan?? Saya akan kongsikan untuk anda praktikkan.


Petua tambah berat badan yang amat saya tekankan pada anak buah saya ialah dengan memberikan dia banyak makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian. Caranya saya menggantikan nasi dengan roti. Ini kerana roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi. Atau anda juga boleh nasi dan sejam kemudian ambil roti.


Selain itu, jangan tinggalkan waktu makan,sama macam orang ingin diet. Ini juga salah satu petua tambah berat badan yang sangat penting. Seeloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari. Bagi snek pula, anda tak boleh main ambil je snek yang ada dalam pasaran, anda perlu pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia atau bahan pengawet berlebihan.

Makan secara kerap juga membantu anda tambah berat badan.Jika anda kurang selera makan, maka anda boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari. Yang penting anda perlu ambil hidangan sihat untuk bekalkan nutrisi terbaik pada badan anda.

Bukan ini sahaja petua tambah berat badan yang saya apply pada anak buah saya. Masih ada lagi secret weapon yang betul-betul membantu anak buah saya tambah berat badan dia. Kalau nak tahu tentang secret weapon saya, anda boleh hubungi saya. Saya akan berikan konsultasi terbaik untuk anda.

Ini juga antara yang boleh membantu anda untuk tambah berat badan.

ESP UNTUK TAMBAH BERAT BADAN
MEALSHAKE BANTU TAMBAH SELERA MAKAN

Terima kasih :)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya adalah PENGEDAR SAH SHAKLEE di kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kota Bharu. Anda boleh hubungi saya di 017-9051711 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment