Wednesday, November 5, 2014

KANAK-KANAK GEMBIRA BILA TENGKUJUH TIBA

Perkara normal yang biasa berlaku setiap hujung tahun di kawasan Pantai Timur ialah musim tengkujuh. Itulah kebiasaan di kampung saya juga, memang tiap-tiap tahun akan hadapi banjir. Bila tiba musim tengkujuh ni,kanak-kanak lah yang paling gembira kan? Ye la, sebab dapat main air banjir. Saya masa kecil-kecil dulu pun siap tunggu musim tengkujuh ni.Haha..Anda semua jangan tak tahu pula :).

Bila sebut musim tengkujuh, perkara pertama yang paling saya ingat ialah ubi.Macam-macam jenis ubi yang ada.Ubi kayu,ubi itik,ubi keling(India) dan banyak lagi.Pendek kata memang pesta ubi dan makanan. Lagi satu yang bestnya sebab saya dapat makan ikan sungai. Kalau ada ikan sungai
memang saya tak layan ikan laut dah.Hehe.Memang feveret saya termasuk belut,ikan keli,ikan haruan,ikan toman dan banyak lagi.

Kalau dah namanya pesta makanan, kebarangkalian untuk berat badan saya naik tu memang sangat tinggi la.Ye la,musim yang agak sejuk kan,perut mesti cepat lapar.Makan pula tak keluar peluh, memang dabel triple berat badan saya naik nanti..huhu

Nasib baik saya dah berkenalan dengan Shaklee tahun ini. Ada jugak yang akan membantu saya untuk maintainkan berat badan saya sekarang ini. So, sebelum musim banjir tiba memang saya dah buat stok siap-siap pembantu saya untuk buang lelemak dalam badan saya. Apalagi kalau bukan 3 ke 4 serangkai Set Kurus saya iaitu ESP, Lecithin, Alfalfa dan Herb-lax.

Musim tengkujuh juga boleh menjadi musim di mana kanak-kanak akan cepat demam sebab faktor cuaca yang kadang-kadang panas dan sejuk. Jadi saya juga perlu sediakan suplemen untuk anak buah saya. Alhamdulillah ada Mealshake dan Chewable Vitamin C untuk mereka. So takde la mereka senang nak jatuh sakit nanti. In shaa Allah.

Musim tengkujuh sebenarnya banyak memberi pngalaman hidup kepada saya. Memang seronok kerana dapat merasai musim tengkujuh. Seronok juga menjadi anak kampung. Anda ada pengalaman dalam musim tengkujuh juga tak?

No comments:

Post a Comment