Monday, November 3, 2014

JANGKITAN KULAT DI VAGINA MUNGKIN MENGGANGGU HUBUNGAN INTIM

APAKAH JANGKITAN KULAT VAGINA?


Jangkitan kulat vagina adalah jangkitan di vagina yang melibatkan pembiakan sejenis kulat yang berlebihan yang dikenali sebagai “Candida Albicans”. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos.

Jenis kulat ini biasanya di jumpai di mulut, usus, faraj dan akan menjadi masalah sekiranya pembiakanya berlebihan. 15% dari wanita yang sihat mempunyai kulat ini dan tiada tanda-tanda. Wanita yang tiada tanda-tanda tidak perlu dirawat.

Walau bagaimanapun, wanita yang mempunyai penyakit HIV dan wanita yang mengandung, insiden penyakit jangkitan kulat vagina mungkin lebih tinggi1. 15% dari pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang rendah boleh dapat jangkitan kulat sistemik yang lebih teruk.

Risiko jangkitan kulat vagina

Faktor risiko yang boleh meningkatkan seseorang wanita itu mendapat jangkitan kulat vagina adalah:

  • Rawatan antibiotik
  • Mengandung
  • Diabetes Mellitus yang tidak terkawal
  • Kegemukan
  • Penghidap penyakit HIV
  • Menggunakan dos steroid yang tinggi
  • Tekanan perasaan
  • Mereka yang menggunakan rawatan kanser ( Kemoterapi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Rawatan antibiotik boleh mengubah bakteria protektif (Laktobacilli) dalam vagina dan menggalakan pembiakan Candida yang berlebihan. Pengeluaran hormone yang tinggi (estrogen dan progesterone) semasa mengandung merendahkan tindakbalas imuniti dan seterusnya boleh meningkatkan peluang untuk mendapat jangkitan kulat vagina. Mereka yang didalam kumpulan umur sebelum haid (belum baligh) dan selepas menopos mempunyai paras hormone yang rendah dan vaginal candidiasis jarang berlaku.

Tanda-tanda dan gejala jangkitan kulat vagina

Tanda-tanda jangkitan kulat vagina adalah gatal, rasa hangat, sakit semasa hubungan seksual, tidak selesa, sakit semasa kencing dan irritasi (perengsaan). Semasa pemeriksaan, doktor mungkin mendapati bengkak dan merah di bahagian kemaluan dan lelehan putih kekuningan di vagina. Jangkitan lain seperti “bacterial vaginosis” atau “ gonorrhea” boleh menyerupai tanda-tanda vaginal candidiasis.

Bagaimana hendak mengelak dari jangkitan kulat vagina?

  • Elak seluar dalam yang diperbuat dari kain sintetik
  • Elakkan dari meletakkan atau membubuh produk wangi-wangian di bahagian kemaluan
  • Jangan membersih kawasan faraj dengan sabun biasa tetapi gunalah pelembab diperbuat khas untuk faraj/kawasan kemaluan
  • Pastikan kawasan di bahagian kemaluan kering dan bersih
  • Kalau anda menghidap Diabetes Mellitus, pastikan paras glukos anda terkawal
Anda juga mungkin dapat merawat vagina dengan menjaga kesihatan dari dalam. Saya sendiri memang mengamalkan Alfalfa untuk kurangkan masalah keputihan dan kegatalan pada vagina. Alhamdulillah ia membentu bersihkan dari dalam, masalah keputihan dan kegatalan akibat keputihan tiada setelah saya amalkan Alfalfa, dengan izin Allah jua.

1 comment:

  1. Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

    Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA]

    ReplyDelete