Monday, November 10, 2014

ANAK LAHIR PRAMATANG,IBU BERPANTANG TERPAKSA ULANG-ALIK KE HOSPITAL UNTUK BEKALKAN SUSU BADAN

Anak lahir pramatang mungkin pernah dihadapi oleh anda di luar sana. Saya sendiri masih ingat lagi masa arwah kakak sulung saya lahirkan anaknya, memang lahir pramatang kerana lahir masa usia kandungan 7 bulan. Jadi anaknya terpaksa ditinggalkan dan dikurung dalam inkubator di hospital untuk pemerhatian doktor.

Bila dah nama anak lahir pramatang, memang bayinya kecil je la. Berat pun dalam 1kg lebih je masa tu. Terpaksalah arwah kakak saya ulang-alik ke hospital untuk bekalkan susu supaya bayinya cepat bertambah berat badan. Kesian pula dekat arwah sebab dalam pantang kena ulang-alik ke hospital.Penghasilan susu badan pun tak banyak sangat sebab zaman dulu tak banyak sangat suplemen yang ada untuk membantu.

Alhamdulillah lepas lebih kurang sebulan dikurung di hospital, dapatlah bawa balik ke rumah.
Walaupun anak lahir pramatang, alhamdulillah sihat dan membesar dengan aktif. Betul la cakap orang-orang tua, anak lahir pramatang ni bijak orangnya. Tapi Allah lebih sayangkan beliau, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya masa umur 20 tahun.

Berbalik kepada ibu-ibu yang anak lahir pramatang, sekarang ini tak perlu risau sangat. Sebab dah ada pelbagai petua dan cara untuk hasilkan susu badan yang banyak untuk bayi. Bukan itu sahaja, sekarang ini ada Set Berpantang yang membolehkan ibu-ibu untuk berpantang bertenaga walaupun baru melahirkan bayi.

Yang penting diri kita sendiri, kena kuat hadapi semua yang berlaku dalam hidup kita. Allah uji kita sebab Allah sayangkan kita. Anak lahir pramatang juga adalah rezeki yang tidak ternilai buat ibu-ibu di dunia ini. Betul tak?

Buat ibu-ibu yang anak lahir pramatang dan rasa susah nak menyusukan bayi anda, jom layan video ini sekejap ye :)

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

No comments:

Post a Comment