Tuesday, October 28, 2014

TIPS MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Tips Menjaga Jantung

Jantung merupakan organ yang sangat vital yang dimiliki oleh manusia. Ketika jantung sudah berhenti berdnyut,  nyawa kita sudah terpisah dari badan kita. Bagi sebahagian besar manusia tentu menginginkan jantungnya selalu sihat. Dengan melakukan berbagai usaha untuk menyihatkan jantung. Menjaga jantung agar tetap sihat merupakan kewajipan setiap individu.Jadi macam mana nak jaga jantung agar sihat??


Tips Kesihatan

Membiasakan diri untuk bergaya hidup sihat dapat membantu memperkuat organ jantung anda. Gaya hidup sihat yang dimaksudkan ialah menjaga berat badan agar tetap stabil, mengambil makanan sihat
serta mulailah aktif bergerak. Faktanya, penyakit jantung banyak menyerang orang-orang yang malas bergerak dan lebih suka menghabiskan waktunya untuk duduk. Ada berbagai tips mudah untuk menjaga jantung agar selalu sehat.

Tips menjaga jantung agar tetap sehat :


  1. Berhenti Merokok. Perokok memiliki peluang sangat besar mengalami serangan jantung dibandingkan mereka yang tidak memiliki kebiasaan merokok sama sekali. Anda pun juga diwajibkan menjauhkan diri dari para perokok, agar tidak menjadi perokok pasif.
  2. Kurangkan Pengambilan Garam. Pengambilan garam yang berlebihan boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi. Sehingga mampu meningkatkan serangan jantung koroner. Anda dapat memulainya dengan mengurangi penggunaan garam pada menu masakan anda sehari-hari.
  3. Mulalah Bersukan Dengan Teratur. Dalam hal ini, boleh hanya dengan berjalan atau berlari santai selama setengah jam atau lebih di pagi hari. Kerana selalu aktif bergerak dapat memperkuat organ jantung anda.
  4. Seringlah Tertawa Dan Tersenyum. Berbagai masalah yang merisaukan fikiran mampu berpengaruh terhadap kesihatan jantung anda. Usahakan meluangkan waktu untuk menghibur diri sendiri seperti menonton acara television yang membuat anda tertawa lepas.
  5. Luangkan Waktu Untuk Rekreasi. Anda juga boleh menyempatkan diri untuk bercuti atau bertamasya ke suatu tempat yang menyenangkan. Sehingga boleh menyegarkan fikiran.
  6. Berhenti Dari Alkohol. Anda juga sebaiknya mengurangi atau bahkan tidak meminum-minuman yang mengandung alkohol. Ini kerana minuman beralkohol mampu merosakkan otot jantung anda. 
  7. Perbanyak Buah Dan Sayur-Sayuran Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak mengandung berbagai vitamin yang dibutuhkan jantung

2 comments:

  1. Jantung organ paling penting & paling kuat kerja, tapi tak ramai nak jaganya betul2

    ReplyDelete