Tuesday, October 14, 2014

TIPS AMBIL UBAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung Syurga Pencinta Vitamin sekalian. Saya pasti ada antara kita yang ambil mudah tentang hal ini. Jadi, untuk entri kali ini saya akan kongsikan dengan anda semua tips sebelum,semasa dan selepas mengambil sebarang ubat.



i ) Sebelum mengambil ubat, tanya ahli farmasi atau doktor:


  • Bolehkah ubat ini diambil dengan ubat-ubatan lain?
  • Apakah makanan atau minuman yang perlu dielak apabila mengambil ubat?
  • Apakah tanda interaksi ubat-ubatan yang perlu diberi perhatian apabila saya mengambil ubat ini?
  • Bagaimanakah ubat ini bertindak di dalam badan saya
ii ) Baca dan ikut arahan serta amaran pada label ubat.

iii ) Maklumkan ahli farmasi atau doktor jika anda mengambil lain-lain ubat, termasuk suplemen kesihatan dan ubat tradisional. Selain itu, maklumkan jika ada alahan ubat.

iv ) Maklumkan ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan ubat dengan segera.

v ) Berjumpa doktor atau ahli farmasi jika anda mengalami kesan sampingan ubat-ubatan.

Semoga perkongsian saya untuk kali ini bermanfaat untuk anda. Actually ini juga peringatan untuk diri saya sendiri. Sama-samalah kita menjaga kesihatan dan keselamatan kita.

No comments:

Post a Comment