Saturday, October 25, 2014

Pesakit Diabetes Berisiko Tinggi untuk Kanser Kolon

Pada masa kini, perubahan drastik amat diperlukan untuk mengubah gaya hidup yang mendiring kepada jangkitan dan penyakit. Gaya pemakanan yang kurang sihat, tidur yang tidak mencukupi, beban yang banyak dan persekitaran sekeliling menjadikannya lebih  mudah untuk kita jatuh sakit dan sukar untuk pulih.


Gula adalah salah satu punca dalam pemakanan kita yang akan menyebabkan implikasi yang serius
pada tubuh badan kita. Hampir kesemua makanan dan minuman harian kita mengandungi gula, dan mengambilnya secara berlebihan akan membawa kepada obesiti, kekurangan nutrisi, peningkatan glukosa dan respon insulin yang membawa kepada diabetes peringkat 2 dan  penyakit jantung.


Daripada makanan segera kepada bungkusan jus, anda pasti akan temui gula yang tersembunyi. Ia mungkin kelihatan seperti peratusan yang sedikit tetapi tidak kira berapa rendahnya peratusan gula tersembunyi ini, ia tetap akan meningkatkan risiko jangkitan obesiti sebanyak 60%.

Selain penyakit diabetes dan serangan sakit jantung, kanser masih memegang takhta sebagai musuh kesihatan yang utama kepada mereka yang mengabaikan kesihatan mereka untuk kesenangan hidup. Kanser kolon, yang juga dikenali sebagai kanser usus atau kolorektal, diakui sebagai bentuk ketiga paling umum kanser yang sering dikaitkan dengan pemilihan makanan yang kurang sihat, obesiti dan penghidap diabetes peringkat 2.





Kanser kolon terjadi apabila sel-sel kelenjar dalam kolon mengganda pada kadar yang membimbangkan di mana ia akan membentuk pertumbuhan tumor. Kepada golongan berusia dengan pemakanan yang kurang sihat dan menghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk didiagnos dengan penyakit ini di mana risiko kanser kolon ini meningkat bersama usia dan pembuangan air besar yang tidak betul.

Simptom utama diabetes tidak dapat dikenalpasti termasuklah :

  • Kekerapan membuang air kecil, terutama pada waktu malam
  • Rasa dahaga semakin bertambah
  • Rasa letih yang melampau
  • Penglihatan yang kabur
  • Berat badan menurun tanpa sebab
  • Kegatalan pada alat sulit atau jangkitan pada candida
  • Pemulihan luka pada kadar yang perlahan.

Lindungi Diri Anda

Pemakanan anda perlu ditukar dan sertakan program detoks kolon ke dalam gaya hidup sihat anda. Program ini akan membantu meneutral toksik yang tidak diperlukan dan menyingkirkannya keluar daripada sistem sebelum ia mengakibatkan kemerosotan kepada kolon. Anda boleh cuba Set Detox ini untuk permulaan yang terbaik.

4 comments:

  1. Diabetes memang banyak sangat komplikasinya. Berita baik, diabetes boleh dielak & dikawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye,betol tu sis Fyda Noh,mmg sekarang ada cara untuk elak & kawal diabetes :)

      Delete
  2. pengalaman ada ahli keluarga yg mengidap diebetes kronik sampai buta mata, rosak buah pinggang mmg menyeksakan.. cegah la sblm terlmbat

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruk kan effect sakit diabetes ni kalau x cegah dari awal..so lebih baik kita semua prevent sebelum kena diabetes

      Delete