Thursday, October 30, 2014

MAKANAN TERBAIK SELEPAS BERSENAM

Senaman atau bersukan amat berkait rapat dengan pola makan. Seperti petikan kata-kata dari The Godfather of Fitness, "Exxercise is King, Nutrition is Queen, put them together and you've got a Kingdom. Sebenarnya bukan hanya nutrisi pemakanan harian yang perlu diatur dengan baik. Makanan yang diambil selepas senaman juga harus tepat.

Apa yang terjadi selepas bersenam?

Bersukan atau bersenam dengan jenis sukan dengan intensiti tinggi seperti bola sepak atau bola keranjang, tenaga yang digunakana adalah bersumberkan glikogen yang tersimpan di dalam otot. Senaman yang melebihi satu jam akan mengosongkan simpanan glikogen yang teredia.

Keutamaan badan pada ketika ini adalah melakukan penambahansimpanan glikogen. Pada masa yang sama, otot memberi tindak balas dan beradaptasi dengan latihan fizikal yang anda lakukan dengan menjadi lebih kuat sekaligus menaikkan tanda aras keperluan protein dalam badan.

Apa yang tidak kurang penting juga adalah keperluan rehidrasi atau keseimbangan kandungan air dalam badan. Selama bersukan atau bersenam, badan kehilangan cairan melalui perpeluhan. Kehilangan dua peratus cairan dalam badan boleh menurunkan konsentrasi dan prestasi senaman.

Oleh itu, jika keperluan-keperluan yang disebutkandi atas tidak dipenuhi segera selepas bersenam, badan tidak dapat pulih kepada keadaan fisiologi asal dan akan memberi impak kepada kesihatan dan prestasi.

Apa yang sebaiknya diambil selepas bersukan?

Minum air sekurang-kurangnya 500 ml - 1 L air mineral. Ini bergantung kepada jenis sukan dan berat badan anda. Secara asasnya anda perlu menggantikan cairan yang hilang melalui peluh 150 ml setiap 15 minit jika bersenam dengan intensiti tinggi.

Mengambil sumber karbohidrat yang cepat diserap oleh badan misalnya pisang.Pisang popular kerana ia merupakan sumber karbohidrat yang cepat diserap untuk menggantikan simpanan glikogen dalam badan. Jika tidak menyukai pisang, anda boleh menggantikannya dengan buah-buahan lain.Anda juga boleh mengambil Performance Drink keluaran Shaklee untuk bekalkan makanan untuk badan selepas bersenam.

Mengambil susu coklat. Keperluan protein selama bersenam meningkat secara proporsional. Susu mengandungi 2 protein berkualiti tinggi iaitu whey dan kasein  yang dapat menyokong perkembangan otot dan keperluan protein dalam badan. Perkembangan otot sekaligus akan mengikis lebihan lemak yang ada.

Objektif senaman dan bersukan anda akan tercapai dengan lebih optimum jika diseimbangkan antara fizikal dan nutrisi tepat dan lengkap yang diambil.

No comments:

Post a Comment