Thursday, October 16, 2014

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN SEMASA DIET

10 Kesalahan Semasa Diet

  1.  Terlampau ghairah mengira kalori.
  2.  Tidak minum air yang mencukupi.
  3.  Makan roti, pasta dan ubi kentang lebih banyak berbanding protein, daging segar, buah dan sayur.
  4.  Makan makanan proses lebih banyak dari makanan segar.
  5.  Memasak sayur berlebihan menyebabkan khasiatnya hilang.
  6.  Tidak merancang dengan betul program diet.
  7.  Menyalahkan orang lain di atas kegagalan program diet anda.
  8.  Menyudahkan juga sisa makanan sedangkan anda telah kenyang.
  9.  Mengabaikan sarapan pagi.
  10.  Berlapar sepanjang hari kononnya sedang mengamalkan program diet

LANGGAR PANTANG LARANG

Nak diet memanglah memerlukan keazaman yang kuat dan perlu dilaksanakan dengan penuh berdisplin. Seringkali bila kita nak diet kita tidak mampu melaksanakan seperti yang disarankan seperti :

1) Tidak menahan lapar .Terpaksa menahan lapar dengan skip waktu makan atau tidak makan di siang hari

2) Tidak makan waktu malam atau makan sebelum pukul 7 malam tapi pukul 11 malam makan maggi atau biskut sebab lapar 

3) Tidak makan 2 jam sebelum tidur.Then setengah jam lepas tu terus masuk tidur

4) Tidak mengambil karbohidrat yang banyak.Pagi nasi lemak atau roti canai.Tengahari bihun sup..petang kuih muih..malam nasi berlauk...

5) Bersenam selama 15-20 minit .. 1 minit pun dah penat

6) Minum 8 gelas air sehari .. 2 gelas pun susah nak minum

7) Minum air kosong..lepas makan ambil teh ais or limau air or sirap

8) Kurangkan makan atau minum yang manis-manis..ambil kek, ais krim, coklat

9) Berjalan-jalan selepas makan..duduk depan tv dan lepak-lepak..terus terlelap

No comments:

Post a Comment