Monday, September 8, 2014

SUSU IBU MENINGKATKAN ANTIBODI BAYI DAN MELINDUNGI DARI JANGKITAN KUMAN

Tahun pertama kehidupan seorang bayi adalah sangat penting kerana pada jangka waktu inilah pertumbuhan fizikal dan mental mula berkembang. Malangnya dalam tahun pertama ini juga sebahagian
daripada kematian bayi berlaku. Punca utama kematian bayi adalah CIRIT-BIRIT yang ada kaitan dengan PEMAKANAN dan PENYUSUAN.

Jagaan yang kurang sempurna dan pemakanan yang tidak lengkap boleh menyebabkan kematian bayi. Begitu juga dengan jangkita kuman khususnya yang melibatkan paru-paru dan otak, masalah pernafasan yang mungkin disebabkan oleh kelahiran belum cukup bulan atau bayi yang lahir dengan timbang berat yang rendah.

APAKAH PILIHAN IBU?

Ibu yang baru sahaja melahirkan anak mempunyai dua pilihan penyusuan iaitu MEMBERI SUSU SENDIRI ATAU SUSU BOTOL menggunakan susu lembu. Saya suka menyarankan, adalah lebih baik ibu-ibu memberi susu sendiri yang banyak kelebihan berbanding susu lembu.

Susu ibu tidak memerlukan duit untuk membelinya selain mudah didapati dan tidak memerlukan botol dan mudah diberikan kepada bayi bila-bila masa dalam apa jua keadaan.

Di samping itu, susu ibu mempunyai khasiat yang tinggi dari segi kandungan zat pemakanan. Ia mudah dihadamkan oleh bayi yang masih mempunyai sistem penghadaman yang kurang matang dan sukar untuk menghadamkan makanan selain daripada susu ibu.

Susu ibu juga mengandungi satu bahan pelindung untuk melawan penyakiy iaitu antibodi. Dengan itu ia dapat memberi pertahanan kepada bayi yang baru lahir terhadap serangan jangkitan kuman.

Oleh sebab itu, susu ibu terkandung dalam satu takungan yang jarang dimasuki kuman, risiki bayi mendapat jangkitan kuman dari penyusuan ibu adalah jauh lebih rendah berbanding dengan penyusuan botol.

Satu perkara yang amat penting dan perlu difikirkan dengan mendalam oleh ibu-ibu ialah penyusuan ibu boleh menjalin hubungan yang lebih rapat antara ibu dengan bayinya.








No comments:

Post a Comment