Thursday, September 4, 2014

SUSTAINED RELEASED (SR) VITAMIN C TEMAN AKRAB UNTUK LUKA

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Mungkin ramai yang tercengang bila saya tulis SR Vitamin C teman akrab untuk luka kan?? Okay, untuk entri kali ini, Diana nak kongsi pengalaman sendiri penyembuhan
luka dengan SR Vitamin C ini. Yang pasti dengan izin Allah jua.

Nak dijadikan cerita, awal bulan Februari hari tu saya beli SR vitamin C untuk diri saya sendiri. Alang-alang dah beli, tak salah saya share dengan Mek saya (ibu saya) manfaat Vitamin C tu. Kebetulan masa tu kaki Mek saya ada luka yang dah lama & macam berlubang agak luas jugak la. Risau jugak kot-kot ada masalah kencing manis (Alhamdulillah Mek takde kencing manis.

Sebenarnya kami dah usaha sapu krim gatal yang biasa duk pakai tapi tak sembuh-sembuh juga. So, saya suruh la Mek saya telan Vitamin C tu sekali untuk ikhtiar. Dah amal dalam 2 ke 3 hari, luka tu mula tunjukkan tindak balas dengan SR Vitamin C. Luka tersebut mula keluarkan air-air bisa dari lubang tu. Sampai kekerasan kain terkena air yang keluar tu.

Bukan itu sahaja, malah lubang luka yang agak luas tu mula tumbuh isi baru dan kesan hitam dekat kawasan luka makin cerah.Saya rasa seronok sangat-sangat dan suruh Mek teruskan ambil SR vitamin C. Alhamdulillah lepas sebulan lebih amalkan luka yang selama ini degil nak pergi dari kaki Mek saya selamat kering dengan parut tang sedikit je. Syukur pada-Mu ya Allah.

SR Vitamin C bukan sahaja dapat sembuhkan luka, malah lembapkan kulit Mek saya. Makin muda la Mek saya nanti :).. Sekian saja perkongsian dari saya untuk kali ini.





No comments:

Post a Comment