Tuesday, September 16, 2014

SAKIT JANTUNG TURUT MENYERANG GOLONGAN MUDA

Masih ramai rasanya anda yang diluar sana tidak sedar bahawa SAKIT JANTUNG turut menyerang golongan muda pada masa kini. Kalau dahulu, sakit jantung hanya dikaitkab dengan golongan yang dah berumur atau veteran. Namun,
keadaan kesihatan yang tidak sama berbanding 10 tahun dahulu memungkinkan golongan muda terkena serangan jantung juga.

Ramai berpendapat, bersenam adalah langkah terbaik mengelak penyakit kardiovaskular terutama jantung. Tetapi sedarkah anda mengenai kes yang berlaku beberapa tahun lalu membabitkan lelaki muda dalam lingkungan usia 30 hingga 40-an yang disahkan meninggal dunia kerana menghidap sakit jantung?

Ini memberi gambaran penyakit ini tidak lagi menyerang individu berusia, sebaliknya golongan muda. Malah ia juga bukan lagi penyakit pak cik dan mak cik, juga tidak menyerang orang kaya saja, sebaliknya ia semakin kerap dihidapi golongan muda.

Terdapat TIGA JENIS serangan jantung yang berlaku terhadap orang muda antaranya KORONARI JANTUNG, DEMAM REUMATIK dan MEMBABITKAN PENAGIH DADAH.

KORONARI JANTUNG
Kajian menunjukkan sakit jantung koronari penyebab utama sakit jantung pada usia muda. Penyakit ini berpunca dari salur darah koronari menjadi sempit dan akibatnya, ia tidak dapat membekalkan darah yang cukup kepada otot jantung.



Salur darah koronari menjadi sempit akibat lemak pada dinding salur darah. Plak ini menjadi semakin tebal jika individu turut menghidap darah tinggi, kencing manis dan kadar kolesterol yang tidak dikawal.

Akibatnya salur darah koronari menjadi lebih sempit dan tidak dapat membekalkan cukup darah kepada otot jantung.

Apabila ini berlaku, pesakit biasanya akan mengalami pelbagai tanda sejak beberapa bulan lalu. Antaranya bahagian tengah dada terasa berat dan menjadi kurang selesa atau seolah-olah ada batu diletak di atas dada. Ia dapat dirasakan ketika berehat atau melakukan aktiviti seperti berjogging atau berjalan.

Kesakitan ini boleh merebak sehingga ke dada, leher, rahang, bahu serta tangan kiri dan kanan, diikuti berpeluh, susah bernafas, loya, muntah  dan pening sehingga pengsan. Namun ada juga yang beranggapan ia gejala gastrik terutama pesakit kencing manis dan darah tinggi tetapi sebenarnya tidak.

Terdapat perbezaan antara simptom gastrik dan sakit jantung. Oleh itu, mereka yang mempunyai tanda ini harus segera menjalani pemeriksaan bagi mengenal pasti sama ada ia sakit jantung atau sebaliknya.







No comments:

Post a Comment