Wednesday, September 17, 2014

RUGINYA JOIN MLM SHAKLEE

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua.Semua pasti terkejut sebab tajuk entri kali ini berbunyi 'Ruginya join MLM Shaklee' kan? Memang saya rasa rugi sangat join MLM Shaklee LAMBAT. Kenapa? Nanti saya akan share sebab-
sebabnya ye.

1) BERPELUANG TINGKATKAN AMALAN ROHANI

Ini merupakan sebab utama kenapa saya rasa SANGAT RUGI join MLM Shaklee lambat. Namun saya tetap bersyukur kerana saya tetap menjadi insan pilihan Allah untuk kembali kepadanya. Untuk pengetahuan anda yang masih belum berkesempatan untuk join MLM Shaklee, super duper upline dalam Shaklee memang sangat tekankan AMALAN ROHANI. Kerana rezeki kita semua datang dari ALLAH S.W.T. Hanya kepada Allah tempat kita untuk meminta dan mengadu. Dengan menekankan amalan rohani, dalaman juga semakin kuat. Dulu memang saya ada niat untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik.Alhamdulillah Allah datangkan MLM Shaklee untuk tunjukkan saya jalan kepada-NYA.

2) BERPELUANG UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN.

Alhamdulillah sejak join MLM Shaklee, saya berpeluang untuk membantu ramai orang di luar sana. Kami bukan sahaja berkongsi manfaat yang kami dapat dari produk Shaklee, malah kami sedaya upaya mencuba untuk tolong orang ramai di luar sana untuk sihat denga Shaklee. Sudah semestinya dengan keizinan dari ALLAH. Bila dapat tolong orang hati kita akan rasa sangat lega dan seronok. Percayalah, bila kita IKHLAS kita akan dapat rasai nikmat semua ini.

3) UKHUWAH TERBINA WALAU HANYA KENAL DI ALAM MAYA.

Mungkin ramai tak percaya bila saya cakap UKHUWAH terbina di alam maya kan? Namun,  setelah join MLM Shaklee, memang ini realitinya. Kebanyakan daripada kami dalam KELUARGA BESAR Shaklee hanya berhubung melalui ALAM MAYA, tapi KEMESRAAN antara kami memang terbina kukuh. Dengan izin Allah, daripada kita tak pernah kenal boleh jadi rapat. Begitu juga dengan customer, biasanya hubungan yang rapat seperti KELUARGA akan terjalin apabila kita berhubung dengan customer. SubhanAllah, semuanya berlaku dengan izin Allah s.w.t.

4 ) BERPELUANG UNTUK TAMBAH PENDAPATAN SETIAP BULAN.

Bab pendapatan ni best sangat rasanya. Kalau kita kerja makan gaji, kita mungkin hanya akan dapat peningkatan gaji hanya setahun sekali. Tapi dengan bisnes Shaklee, kita berpeluang untuk TINGKATKAN PENDAPATAN kita setiap bulan. Yang paling penting kena RAJIN BERUSAHA dan TINGKATKAN AMALAN ROHAN. Selebihnya berTAWAKKALlah kepada ALLAH. Kerana Allah yang MEMBERI REZEKI kepada kita.

Saya rasa SANGAT BERSYUKUR kerana ALLAH temukan saya JALAN untuk saya dapatkan kesenangan di dunia dan IN SHAA ALLAH di AKHIRAT juga. Walaupun mungkin agak terlambat saya join bisnes Shaklee ini, namun ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK SAYA.










2 comments:

  1. Iya btl..bisnes shaklee btl2 mendekatkan sy lebih kepada ALLAH..
    upline2 semua tekankan bahawa rezeki ALLAH yang bagi..
    Bertuahnya Jadi sebahagian dari keluarga Shaklee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!!! sangat bersyukur sbb Allah temukan saya dengan #MakBintang dan bisnes Shaklee

      Delete