Thursday, September 25, 2014

PENGALAMAN MAK BINTANG DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Assalamualaikum semua. Untuk entri kali ini saya akan kongsikan dengan anda semua kisah Mak Bintang atau upline saya dengan Set Berpantang Shaklee. Almaklumlah saya masih belum berpeluang untuk cuba set ini. Saya harap yang saya juga akan berpeluang untuk menggunakan set ini dalam masa terdekat. Aamiin.Doakan saya juga ye teman-teman semua. Ok, jom baca kisah Mak Bintang kesayangan saya dulu ye.



*********************************************************************************

Salam sume.

Entry kali ni sy nk share pengalaman sy menggunakan SET BERPANTANG SHAKLEE. Untuk pengetahuan semua, sy bersalin anak kedua sy pada 19/12/2012 pada pukul 11.26 pagi. Cuba anda
bayangkan betapa pagi tu sy x sempat pon nk amik sarapan..yela..sakit nk bersalin..mane la berselera nk mkn..sy cuma minum air je..tp alhamdulillah..Allah masih memberi tenaga kepada sy semasa bersalin

Selepas 30 minit sy bersalin, sy ditempatkan semula di wad tapi masih dalam pemantaun doktor kerana sy mengalami bleeding yang agak banyak. Badan sy pon menjadi sedikit lemah..sy hanya mampu menjamah sedikit roti sahaja selepas bersalin..tp tibe2 sy teringat yg sy ada bw sekali suplimen2 shaklee untuk berpantang..cepat2 sy mkn...dan mungkin kuasa Allah juga..petangnya tiada lagi masalah bleeding berlebihan dan badan sy rasa segar dan bertenaga..alhamdulillah..

Selepas seminggu sy berpantang,tiada lagi rasa sakit pada jahitan semasa bersalin dan anak sy juga tidak mendapat demam kuning yang teruk,hanya di paras normal sahaja. Saya masih teringat semasa nurse dtg untuk check up di rumah, nurse tu tanye sy mkn jamu ape kerana keadaan sy tidak nampak seperti orang berpantang. Katanya muka sy nampak merah dan badan nampak bertenaga dan tidak lesu.
Aha.. itulah kuasanya SET BERPANTANG SHAKLEE ni..

Yang paling best sy dengar mertua memuji sy kerana nampak sy lebih bertenaga berbanding berpantang anak sulung..hehehe..Saya juga tidak mengalami masalah kekurangan susu..sepanjang berpantang saya dapat menyusukan anak saya dengan sepenuhnya..

Di sini sy nk share ape yg ada dalam SET BERPANTANG SHAKLEE

Dalam set ni ada 4 jenis suplimen iaitu Vitalea, Vitamin B Complex, Vitamin C dan Zink..

Mesti anda tertanya2 apa fungsi setiap suplimen ni kan??

a)Vitalea : Membantu mengekalkan kesihatan yang baik kerana mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. Ia juga membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah

b) Vitamin B Complex : Membantu badan untuk menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
                                     tenaga.

c) Vitamin C : Memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk gigi, tulang dan gusi.

d) Zink : Membantu menyembuhkan luka

Selepas 44 hari berpantang saya masih meneruskan makan suplimen Shaklee dengan menggunakan SET MENYUSU pula.

*********************************************************************************

Okay, setakat ini sahaja kisah Mak Bintang saya dengan Set Berpantang Shaklee. Nanti saya akan kongsikan lagi pengalaman beliau dengan Set Menyusu Shaklee.

No comments:

Post a Comment