Wednesday, September 3, 2014

PELBAGAI JENIS GANGGUAN TIDUR

Meskipun nampak remeh namun GANGGUAN TIDUR boleh menjejaskan kehidupan harian anda. Tidur yang tidak cukup menyebabkan anda mengantuk
seharian dan seterusnya mengganggu perjalanan dan kualiti kerja anda sendiri.

Gangguan tidur sebenarnya bukan hanya berpunca daripada penyakit insomnia semata-mata. Terdapat pelbagai lagi perkara dan penyakit yang menyumbang kepada masalah ini.

Bagi mengetahui apa sebenarnya yang menyebabkan anda gagal tidur dengan lena, semak perkara di bawah.

1) Gangguan jam biologi tidur

Gangguan ini berlaku pada BAHAGIAN OTAK yang mengatur prose tidur. Ia boleh disebabkan oleh pekerjaan anda yang mengikut syif. Boleh juga disebabkan ' jet lag' ataupun perjalanan panjang menaiki kapal terbang dan melewati zon waktu yang berbeza dengan tempat asal. Gangguan ini juga bolwh disebabkan kerana lewat tidur daripada biasa atau tidur awal dari kebiasaannya.

2) Mendengkur

Suara dengkuran biasanya timbul ketika udara yang anda hirup ketika tidur bergetar sepanjang otot tenggorok yang mengendur. Mendengkur juga boleh disebabkan adanya gangguan tidur yang lebih serius seperti apne tidur.

Punca dengkuran boleh jadi kerana rutin tidur anda yang tidak menentu, terlalu penat, terlalu banyak mengambil kafein, stres, depresi dan sebagainya.

3 ) Apnea tidur

Ia merupakan gangguan tidur akibat aliran udara yang terhalang pada sebahagian atau keseluruhan saluran pernafasan. Apnea tidur, jika dibiarkan menjadi parah boleh menjadi punca kepada tekanan darah tinggi.

Penyebabnya mungkin kerana masalah kegemukan, lanjut usia, diameter saluran pernafasan yang lebih kecil daripada biasa.

4) Insomnia kehamilan

Perubahan organ tubuh ketika hamil sering menyebabkan gangguan tidur pada malam hari. Antaranya ketidakselesaan pada bahagian perut dan dada kerana tekanan janin yang sudah besar dan juga keletihan akibat perubahan kadar hormon progesterone.

Semua masalah ini sering kali berlaku pada ibu hamil di trimester satu dan trimester tiga dan akan mengakibatkan kesukatan untuk ibu hamil tidur.

5) Sindrom kaki letih

Gangguan ini berlaku bila kaki berasa letih ketika petang dan makin sakit ketika malam hari. Ia boleh disebabkan oleh gangguan ginjal dan gangguan sistem saraf.  Kekurangan vitamin atau mineral seperti zat besi juga boleh menjadi puncanya.

6) Tidur sambil berjalan

Keadaan ini boleh berlaku ketika proses tidur berada di tahap NREM Sleep (peringkat tidur Non Rapid Eye Movement). Kebanyakan yang mengalami gangguan tidur ini adalah kanak-kanak yang berusia 3 hingga 5 tahun. Ia boleh berpunca dari kejadian menakutkan yang dialami oleh kanak-kanak atau sesuatu yang mengganggu fikirannya.























No comments:

Post a Comment