Wednesday, September 3, 2014

NUTRISI PENTING KETIKA HAID

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Mesti anda semua tak pernah aware pasal nutrisi penting yang diperlukan ketika haid kan? Termasuklah saya sendiri. Since saya ada terbaca tentang nutrisi yang diperlukan ketika
haid, tak salah rasanya untuk saya berkongsi dengan anda semua.

Sebetulnya sangat penting untuk kita, iaitu kaum wanita mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mengurangkan kesan negatif yang dialami ketika HAID.

Berikut adalah beberapa panduan pengambilan GIZI dan NUTRISI seimbang yang disarankan ketika haid.

1. AIR

 Pada tempoh haid normal, wanita akan kehilangan antara 10 hingga 80 mililiter darah sehari. Tetapi, mereka yang mengalami haid yang lebih berat kehilangan darah lebih banyak. Oleh itu, kehilangan cairan itu perlu diganti dengan meminum AIR YANG SECUKUPNYA.

2. DAGING, IKAN DAN KACANG

 Darah yang keluar ketika haid mengandungi  ZAT BESI yang sangat diperlukan tubuh.Kekurangan zat besi menyebabkan gejala seperti LELAH, PUCAT, KEGUGURAN RAMBUT, MUDAH MARAH, LEMAH, dan GANGGUAN FUNGSI PERTAHANAN TUBUH. Bagi mencegahnya wanita perlua mengambil makanan yang mengandungi zat besi seperti DAGING LEMBU, DAGING AYAM, IKAN dan KEKACANG.

3. SAYUR-SAYURAN

 Keluhan lain yang sering dialami ketika haid adalah gangguan PENGHADAMAN. Makanan yang dapat membantu mengurangkan gejala itu adalah sayur-sayuran.

4. SUSU RENDAH LEMAK, KACANG SOYA DAN BROKOLI

 Pastikan mengambil KALSIUM yang cukup, at least 1200 miligram sehari. Sumber kalsium yang baik dapat diperolehi daripada SUSU RENDAH LEMAK, KACANG SOYA dan BROKOLI.Juga dari OSTEMATRIX. Kalsium membantu mencegah kekejangan dan sakit perut.

 5. KACANG DAN TAUHU

Tingkatkan pengambilan MAGNESIUM dalam makanan sebanyak 200 miligram sehari. Makanan yang kaya dengan magnesium terdapat pada KEKACANG dan TAUHU.

6. AVOCADO, KUNING TELUR DAN HATI

 Pengambilan vitamin E dan antioksidan dapat mengatasi beberapa gejala penyakit sebelum haid dan juga memberi manfaat kepada sistem kitaran. Wanita memerlukan 8 MILIGRAM VITAMIN E  sehari.

Rasanya setakat ini sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga ia memberi manfaat dan maklumat untuk anda semua. Terima kasih :)




















No comments:

Post a Comment