Tuesday, September 2, 2014

KENCING MANIS DI KALANGAN IBU HAMIL

Penyakit kencing manis ataupun diabetes merupakan penyakit yang banyak dihidapi oleh penduduk negara ini. Diabetes terjadi apabila tubuh manusia tidak berupaya memecahkan gula kepada tenaga yang dijana oleh insulin iaitu sejenis hormon yang dikeluarkan oleh pankreas dalam tubuh manusia.

Insulin memecahkan gula kepada tenaga
dan tenaga digunakan untuk aktiviti harian. Apabila tiada insulin (tidak mencukupi), gula akan kekal sebagai glukosa dalam darah. Akibatnya pesakit merasa LETIH, TIDAK BERMAYA kerana tidak cukup bertenaga.

Gula mengundang kuman ke dalam tubuh kerana tidak cukup tenaga. Jika kuman menyerang kulit, terjadi bisul, celulitis dan demam yang panjang. Jika kuman menyerang paru-paru akan terjadi batuk dan demam dan mungkin menyebabkan 'peumonia'.

Gula berlebihan akan berkumpul di dalam mata membentuk katarak. Katarak merupakan selaput pada kanta mata. Ia menghalang penglihatan dan boleh menyebabkan buta. Lebih dahsyat lagi gula yang banyak akan merosakkan urat saraf tubuh, menyebabkan rasa kebas.

 FAKTOR PENYEBAB KENCING MANIS
 1) Keturunan
 Sekiranya dalam keluarga ibu dan bapa menghidap kencing manis akan ada kemungkinan anaknya akan mendapat kencing manis juga. Kencing manis boleh menyerang pelbagai LAPISAN UMUR dan mereka yang berisiko perlulah menjalani ujian darah dan mengamalkan cara hidup sihat.

2) Diet yang salah
 Sudah pasti di1et menjadi faktor penting kerana makanan tinggi karbohidrat pasti meningkatkan paras gula dalam darah. Minuman bergas yang tinggi nilai kalori turut meningkatkan paras gula dalam darah.

3) Obesiti
 Mereka yang OBES didapati berisiko lebih mendapat kencing manis berbanding mereka yang memilih berat badan unggul.

 KESAN KENCING MANIS TERHADAP BAYI DALAM KANDUNGAN

1) Polyhydramnious
 Air ketuban menjadi terlalu banyak hingga peluh ibu kelihatan lebih besar daripada yang sepatutnya. Hal ini boleh mengundang KONTRAKSI RAHIM dan KELAHIRAN PRAMATANG.

2) Big baby
 Bayi  boleh menjadi terlalu besar sehingga melebihi 4-5 kilogram semasa lahir. Bayi ini perlu diawasi jumlah gula dalam tubuhnya agar berada pada tahap optimum.

3) Hydrocephalus
 Risiko hydrocephalus meningkat bagi ibu-ibu yang mengidap diabetes. Justeru itu pemantauan dibuat dari masa ke semasa dengan cara ultrasound.

Oleh sebab itu, ibu-ibu hamil seharusnya mengamalkan PEMAKANAN YANG SIHAT dan menjaga kesihatan dengan baik supaya BAYI tidak terjejas.













 

 












 





No comments:

Post a Comment