Thursday, September 11, 2014

KAWAL TAHAP KOLESTEROL DALAM BADAN

Blum terlambat lagi jika kita mahu mengubah amalan pengambilan diet dan gaya hidup sihat walaupun selepas diberitahu doktor bahawa kita mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Jika sebelum ini kita masih bersenang-lenang kerana menganggap cukup sihat, kini isu kesihatan perlu diambil serius bagi mengurangkan kesan buruk kepada tubuh.

Kolesterol yang tinggi boleh memberi kesan kepada sebilangan besar rakyat Malaysia dan ia ada
kaitan dengan genetik, gaya hidup dan amalan pemakanan. Misalnye diet tinggi lemak tepu boleh menyebabkan pengumpulan plak kolesterol dalam salur darah, seterusnya menyempitkan salur darah dan mengehadkan aliran darah.

Pengumpulan kolesterol ini akan menyebabkan salur darah tersumbat. Apabila aliran darah ke jantung terjejas, serangan jantung akan berlaku.

Kolesterol Jenis Baik dan Buruk

Orang ramai sering berasa terancam dengan keburukan kolesterol kerana mendapat maklumat yang tidak tepat. Sebenarnya koleterol adalah sebahagian daripada bahan kimia penting untuk tubuh.

Kolesterol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperoleh daripada pengambilan makanan berasakan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan kolestrol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.

Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Pengekalan tahap kolesterol dalam peringkat yang disarankan (normal) adalah penting untuk memperoleh kebaikan maksimum.

Kolesterol digunakan untuk penghasilan cecair hempedu oleh hati. Ini penting bagi melindungi sel saraf, membina sel baru dan menghasilkan hormon yang diperlukan untuk perkembangan normal serta melancarkan fungsi tubuh manusia.

Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein. Terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL juga dikenali sebagai kolesterol buruk kerana mempunyai kecenderungan untuk melekat di dinding arteri (salur darah) yang akan menyebabkan salur darah tersumbat dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.Justeru, menururnkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kolesterol HDL (kolesterol baik) pula mencegah penyempitan salur darah ke jantung dengan mengurangkan mendakan koleterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.

Ingin turunkan paras kolesterol dalam badan anda. Mungkin anda boleh cuba Phytocol-ST dalam diet harian anda.

No comments:

Post a Comment