Thursday, September 18, 2014

Epal Diet Terbaik

Pengambilan buah-buahan adalah sumber antioksidan terbaik, sekaligus menjadikan badan lebih segar dan sihat. Malah kajian dijalankan penyelidik luar negara mengenai pengambilan buah-buahan segar menemui kaitan antara pengambilan epal ke atas penurunan berat badan serta risiko sakit jantung. 




Kajian menunjukkan wanita yang mengambil epal dan pear setiap hari akan kehilangan kalori lebih tinggi berbanding biskut atau bijirin. Ini kerana epal membantu menggalakkan penurunan berat badan memandangkan ia mempunyai ketumpatan tenaga rendah atau kalori lebih rendah berbanding buah lain. Epal juga tersenarai sebagai buah tinggi serat, justeru menyebabkan individu kenyang lebih lama.

Epal juga mempunyai pelbagai kebaikan jika diambil setiap hari antaranya :

  • Diet Terbaik
Makan epal sebagai gantian sajian utama. Ia mampu mengurangkan tahap kolesterol, malah jika makan dua biji epal sehari, anda boleh mengurangkan tahap kolesterol sehingga sepuluh peratus.

Sebiji epal menyediakan serat sama seperti semangkuk bijirin serta satu perlima daripada serat pengambilan harian yang disyorkan.

  • Penyegar Mulut Semulajadi
Epal buah-buahan yang rangup dan ketika makan, ia boleh membersihkan gigi dan menguatkan gusi secara semulajadi.

  • Membekalkan Tenaga
Karbohidrat kompleks epal memberikan ransangan tenaga lebih lama berbanding makana bergula. Makan epal sebagai gantian snek membantu menjaga tubuh kekal sihat sepanjang hari.


  • Menguatkan Tulang
Epal menyediakan sejenis galian iaitu boron, elemen penting yang membantu tulang lebih kuat sekaligus mencegah osteoporosis.
  • Mudahkan Penghadaman
Epal mengandungi pektin, sejenis serat larut yang menggalakkan pertumbuhan bakteria serta bermanfaat dalam saluran penghadaman. Kandungan serat yang tinggi membantu proses penghadaman lebih cepat.


  • Elak Kanser Paru-paru
Makan sebiji epal sehari menguatkan fungsi paru-paru. Epal kukus yang dimakan bersama madu bermanfaat mengurangkan batuk kering dan membantu mengeluarkan lendir dari paru-paru.
  • Baik untuk Demam
Epal tinggi kandungan air, baik untuk penyejukan badan dan membantu mengurangkan demam.
  • Turunkan Risiko Penyakit Jantung dan Mengelakkan Kanser
Epal kaya pektin dan serat larut yang membantu mengurangkan kanser dan penyakit jantung. Fitonutrien antioksidan yang ditemui dalam epal mendorong melawan kesan kerosakan kolesterol tidak baik (LDL).
  • Kawal Gula Dalam Darah
Oleh kerana tinggi serat, gula semula jadi dalam epal secara perlahan-lahan dilepaskan ke dalam aliran darah. Ini membantu mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah.

No comments:

Post a Comment