Friday, September 19, 2014

DTX COMPLEX UNTUK HATI YANG SIHAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kali ini, saya akan kongsikan kepada anda semua tentang DTX Complex. Ia berfunhgsi untuk menghasilkan hati yang sihat dan bersih, Seperti yang kita tahu, HATI merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dari berkeupayaan dalam membina semula . Oleh sebab itu, amat penting bagi kita semua untuk menjaga kesihatan hati kita.


FUNGSI HATI

1. Rembesan Hempedu

Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak, ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil. Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak iaitui A,D,E,F,K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A

2. Bertindak Sebagai Detoksifikasi

Metabolisma protin dan penapian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisma protin. Untuk didetokifikasikan amonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa racun serangga,dadah,alkohol dan bahan-bahan kimia. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggan yang betul.

3. Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Dengan menukarkan tiroksina-hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebihaktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF ( Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.

4. Penting dalam Metabolisma Lemak

Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati,yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan dan penyimpanan.


FUNGSI BAHAN UTAMA DALAM DTX COMPLEX





a) Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel
  • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin yang kaya dengan bahan antioksida
  • Melidungi hati daripada toksin termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema
b) Artichoke
  • Membina semula sel-sel hati
  • Meransang pengaliran hempedu

c) Dandelion
  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati dan jondis
  • Membantu penghadaman dengan meransang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu, membantu mencegah batu karang
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi melawan anemia
  • Melawan tumor dan kanser
d) Kunyit
  • Mengandungi curcumin bahan antioksida
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

e) Reishi Mushrooms
  • Membina imun yang membantu dalam mencegah atau merawat kanser
  • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik
  • Membantu mencegah penyakit jantung

f) Schizandra
  • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan antioksida
  • Ia juga berkait dalam meransang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin

No comments:

Post a Comment