Thursday, August 28, 2014

TEKNIK MENYUSUKAN BAYI YANG TEPAT

TEKNIK MENYUSU BADAN
1 ) Kedudukan badan


•    Pastikan ibu selesa, di mana bayi didukung dengan baik. Ibu boleh duduk bersandar di atas katil atau kerusi dengan kepala bayi di atas lengan.
•    Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga bayi susah mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
•    Gunakan bantal atau kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong ibu dan bayi semasa penyusuan.

2) Cara mendukung bayi
•    Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari.
•    Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu.
•    Bayi rapat dengan ibu di mana punggung , kepala dan bahu bayi diampu.

3) Cara memegang payudara
•    Cara betul adalah pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting.
•    Cara salah adalah pegangan ‘gunting’ iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting.

4) Cara penyusuan
•    Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas.
•    Gerakkan badan bayi ke arah payudara.
•    Pastikan bayi mengambil lebih kawaan hitam payudara (areola)
•    Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara.

POSISI PENYUSUAN BAYI

1) Posisi Dakapan
•    Ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar.
•    Ibu memangku bahu bayi dan memegang kepalanya.
•    Pastikan ruang mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke depan untuk menyusukannya.

2) Posisi mengepit bola ragbi
•    Ibu duduk memangku bayi dengan lengan di mana muka dan kepala bayi menghadap payudara.


3) Posisi beralih payudara
•    Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi dengan beralih payudara. Ibu juga boleh mengawal kepalanya.

4)Posisi baring
•    Bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu.

TEKNIK PELEKAPAN


Cara pelekapan yang betul.
    Mulut bayi terbuka luas
    Dagunya mencecah payudara
    Bibir melekup keluar
    Pipi gelembung
    Payudara nampak penuh dan bulat
    Terdengar nada hisapan


Cara pelekapan yang salah
    Dagu bayi jauh
    Tidak banyak areola masuk ke dalam mulut bayi
    Dagu tidak menyentuh payudara
    Ibu rasa sakit
    Payudara boleh bengkak dan puting luka

No comments:

Post a Comment