Tuesday, August 26, 2014

MEMAHAMI TIDUR BAYI ANDA

Banyak manakah tidur yang diperlukan bayi?


Bayi memerlukan lebih banyak tidur daripada orang dewasa semasa usia awal mereka. Secara purata, bayi bawah tiga bulan tidur dua kali lebih banyak daripada ibubapa mereka tetapi separuh itu dilakukan di siang hari.


Namun, bayi muda tidak mengambil tidur ini dalam satu tempoh masa panjang, sebab mereka perlu bangun untuk makan. Sehingga tiga bulan, bayi tidur sepanjang hari mengikut satu kitaran tidur-bangun, dengan tempoh tidur yang lebih lama di waktu malam.

Panjang kitaran ini amat berbeza antara bayi, tetapi secara purata, bayi anda akan tidur dalam blok dua jam di siang hari dan empat hingga enam jam di waktu malam. Dapatkan maklumat lanjut tentang banyak mana tidur diperlukan bayi anda.

Apakah fasa-fasa tidur?


Sama seperti kita dewasa, bayi melalui fasa-fasa tidur. Walaupun ramai kita merasakan kita tidur secara tidur mati, sebenarnya, kita tidak menjalani tidur nyenyak sepanjang malam, untuk bangun di waktu pagi.

Sebaliknya, kita "berpusing" melalui beberapa peringkat tidur, yakni menurun dari fasa mengantuk masuk tidur ringan dan tidur mimpi, sebelum ke fasa tidur nyenyak. Setelah melalui semua ini kita kembali naik ke atas menerusi tidur mimpi dan tidur ringan hingga sampai ke permukaan tidur, sebelum menurun semula.

Tidur mimpi juga dikenali sebagai tidur gerak mata cepat, atau REM (rapid eye movement). Bayi dan orang dewasa melalui kitaran tidur ini sebanyak lima kali sehari.

Fasa-fasa tidur ini menjelma dalam bayi sebelum mereka dilahirkan. Bayi anda telahpun mengalami tidur mimpi semasa dia dalam uterus apabila anda mengandungkan dia enam atau tujuh bulan.

Anda akan dapat melihat perbezaan antara tidur mimpi dan tidur bebas-mimpi yang dimanifestikan olehnya sekarang dengan mudah. Dalam tidur mimpi, anda boleh lihat matanya melompat ke depan dan ke belakang di bawah kelopak mata, manakala lain bahagian badan berdiam tetapi kadangkala berlaku sentakan, di samping pernafasan yang tidak teratur.

Dalam tidur tanpa mimpi, atau tidur lena, bayi anda akan bernafas secara mendalam dan teratur, kadangkala dengan kelohan. Dia akan berbaring diam-diam, dengan melakukan gerakan kecil mulut menghisap atau tergeramang dengan tiba-tiba. Gerakan tergeramang keseluruhan badan secara tiba-tiba ini diberi nama kejutan hipnagogik dan adalah normal.

Ia berlaku bagi kanak-kanak lebih tua dan orang dewasa juga, selalunya semasa anda baru nak lelap. Walaupun tidur diam tanpa mimpi sudah mantap dalam bayi baru lahir, ini berlaku untuk tempoh-tempoh singkat bukan secara terus-menerus seperti kanak-kanak tua dan orang dewasa. Semasa bulan pertama hidupnya, tidur diam menjadi semakin berterusan dan tergeramang juga akan hilang.

Banyakkah bayi saya bermimpi?


Bayi muda mempunyai lebih banyak tidur mimpi daripada orang dewasa. Mengikut pakar tidur AS, Dr Richard Ferber, bayi pramatang menghabiskan sekitar 80 peratus masa dalam tidur mimpi REM dan 50 peratus menjelang cukup bulan. Ini jatuh ke 33 peratus menjelang usia tiga tahun dan mencapai peringkat orang dewasa, iaitu 25 peratus menjelang 10 hingga 14 tahun.

Tidur mimpi dianggap satu masa penting untuk membolehkan semua pengalaman kita difailkan, oleh itu, memang penting untuk bayi yang sedang membesar dan berkembang cepat.

Bagaimanakah tidur bayi bertukar nanti?


Antara tiga bulan dan setahun bayi anda akan tidur lebih banyak lagi di waktu malam dan semakin kurang di waktu siang. Pada tiga bulan secara purata, dia akan tidur dua kali lebih banyak di waktu malam berbanding siang.

Tempoh tidur sekejap waktu siang akan menjadi lebih panjang dan kurang kerap menjelang enam bulan. Pada masa ini, kebanyakan bayi tidur 12 jam di waktu malam, dengan bangun sebentar hanya sekali-sekala dan di siang hari dia tidur dua kali selama satu atau dua jam.

Menjelang 12 bulan kebanyakan bayi tidur sejumlah 12 hingga 14 jam, termasuk tidur siang sekali. Pada tahun berikutnya, tidur siang mungkin tiada lagi.


No comments:

Post a Comment