Monday, August 25, 2014

MADU BANTU KURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT

Kuruskan badan dengan cepat dengan pengambilan madu boleh bantu dalam program diet yang kita lakukan. Madu adalah bahan semulajadi yang memberi sejuta manfaat kepada tubuh badan kita.

Madu juga telah dikenali sejak zaman dahulu lagi sebagai salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan dan juga kecantikan tubuh badan kita.

Kita boleh gunakan madu sebagai pengganti gula iaitu alternatif yang cukup baik untuk menjaga lingkaran dan ukur lilit pinggang kita. Ingin tahu caranya?

10 Cara Mudah Kuruskan Badan Dengan Cepat Dengan Madu



1. Madu & Lemon Di Waktu Pagi


Mulakan hari kita dengan minum segelas air lemon dengan madu sebagai cara kuruskan badan dengan cepat. Minuman sihat ini dapat membantu agar metabolisme tubuh badan kita tetap aktif dan baik sentiasa. Selain itu, ia juga mampu menjadi minuman detoks untuk badan kita.


2. Madu & Badam

Salah satu sarapan kuruskan badan dengan cepat yang baik & menyihatkan adalah dengan meminum 1 sudu madu bersama empat biji kacang badam. Kacang badam memang penuh khasiat dan kaya dengan tenaga & vitamin E. Manakala madu pula, boleh memberikan tubuh badan kita nutrisi magnesium dan mineral penting yang diperlukan.

3. Teh Madu

Amalan minuman teh madu untuk kuruskan badan dengan cepat juga boleh membuatkan kita rasa tenang dan rileks. Biasanya kita sering meletakkan beberapa sudu gula untuk memaniskan minuman teh kita. Jadi apa kata, kita gantikan gula dengan madu pula. Ia juga akan dapat memberikan sedikit kelainan pada rasa minuman teh kita itu.


4. Minuman Air Madu Selepas Makan

Satu lagi amalan kuruskan badan dengan cepat dengan meminum air madu panas atau suam selepas makan, dapat membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh badan kita. Selain itu, ia juga turut membantu kita dalam menjalani program diet yang kita lakukan dengan lebih cepat.


5. Madu & Kulit Kayu Manis

Salah satu jenis minuman yang disyorkan untuk mereka yang sedang berdiet dan ingin hidup lebih sihat serta dapat kuruskan badan dengan cepat ialah minuman madu & kulit kayu manis. Kombinasi madu dan kulit kayu manis boleh menjadi salah satu minuman yang menyihatkan dan menyegarkan serta dapat melancarkan sistem metabolisme tubuh badan kita.

6. Madu Dalam Salad

Kuruskan badan dengan cepat dengan menggantikan madu dalam hidangan salad kita. Kebanyakan hidangan salad selalunya mengandungi mayonis atau minyak zaitun sebagai kuah hidangan salad kita. Kita juga boleh menggunakan madu sebagai pengganti mayonis atau minyak zaitun tadi. Madu bukan saja bahan semulajadi yang sihat tapi boleh juga memberikan rasa lebih enak dan lazat dalam setiap hidangan salad kita.

7. Susu Madu

Cara kuruskan badan dengan cepat dengan meminum susu madu. Bagi penggemar susu, kita juga boleh mencampurkan sedikit madu ke dalam minuman susu yang kita ambil. Ini dapat memberikan rasa yang berlainan tapi tetap sedap dan berkhasiat. Rasa susu akan lebih sedap dan lembut sehingga membuatkan diet yang kita lakukan tak terlalu susah dan membebankan kerana makanan yang kurang berperisa dan hambar.

8. Yogurt Madu

Selain untuk melancarkan sistem penghadaman, yogurt juga boleh membuatkan tubuh badan kita rasa lebih sihat. Yogurt juga boleh bantu dalam usaha kita kuruskan badan dengan cepat. Jadi pilihlah yogurt tanpa gula atau tanpa perisa. Yogurt yang biasa adalah lebih enak dan sedap jika kita tambahkan madu yang menjadi pemanis serta antibiotik tubuh badan yang semulajadi.

9. Madu & Halia

Kombinasi madu dan halia boleh membuatkan sistem penghadaman kita lebih sihat serta bantu kita kuruskan badan dengan cepat. Selain itu, kedua-dua bahan ini adalah merupakan anti-bakteria dan boleh bantu menghalang virus merebak ke dalam tubuh badan kita.

10. Madu Sebagai Topping

Kuruskan badan dengan cepat dengan ambil madu sebagai topping hidangan pemanis mulut kita. Pilihlah madu sebagai topping untuk hidangan penkek, puding, pisang atau snek serta hidangan pemanis mulut yang lain. Madu adalah sebagai pengganti atau alternatif terbaik kepada gula biasa dan menjadi pemanis semulajadi.


No comments:

Post a Comment