Wednesday, August 13, 2014

MABUK HAMIL KURANGKAN RISIKO KEGUGURAN

Bagi ibu hamil terutama yang bekerja dan melakukan banyak aktiviti, alahan dan muntah pada waktu pagi tentunya tidak menyenangkan.

Namun begitu, satu kajian baru mendapati, wanita hamil yang mengalami alahan waktu pagi mengalami risiko lebih kecil untuk mengalami keguguran.

Melalui kajian tersebut, wanita yang mabuk hamil berisiko 55 hingga 80 peratus lebih rendah untuk mengalami keguguran berbanding wanita yang tidak mengalami alahan itu.

Selain itu, wanita yang mengalami alahan juga berkemungkinan besar melahirkan BAYI YANG LEBIH SIHAT.

Menurut ketua penyelidik daripada Program Dario Motherisk di Toronto, Kanada, Gideon Koren, bayi yang dilahirkan oleh ibu YANG MENGALAMI ALAHAN juga berisiko lebih kecil untuk mengalami kecacatan seperti pada tempurung kepala dan sistem kardiovaskular.

Ia turut merendahkan risiko kelahiran bayi pramatang. Ibu yang mengalami alahan teruk juga dipercayai akan memiliki anak yang lebih cerdas.

 Alahan ketika hamil biasanya dipengaruhi oleh hormon dalam tubuh dan hal ini berlaku secara berbeza-beza pada seorang wanita.

 Sumber : Jurnal Akhbar KOSMO














No comments:

Post a Comment