Saturday, August 2, 2014

KENALI KOLESTEROL DALAM BADAN ANDA

Sedarkah anda kolesterol membahayakan kesihatan anda? So, anda masih sayangkan kolesterol dan nak kumpul banyak-banyak dalam badan anda.Jom kita sama-sama kenali kolesterol yang ada dalam badan kita terlebih dahulu.

APA ITU KOLESTEROL??

 Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

DUA SUMBER UTAMA KOLESTEROL

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko sakit jantung dan angin ahmar.

BAGAIMANA KOLESTEROL BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT JANTUNG??

Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:
i) LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
ii) HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolesterol 'jahat' kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung dan angin ahmar.

Sebaliknya kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol 'baik' kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah baik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan 'membersihkan' saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

AWAS! PENYAKIT-PENYAKIT UTAMA AKIBAT KOLESTEROL TINGGI

Jika anda mempunyai kolesterol tinggi :
* Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
* Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
* Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.

IKUTI PETUA INI UNTUK RENDAHKAN PARAS KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULAJADI
  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
  • Lakukan senaman lebih kerap.
  • Turunkan berat badan
  • Instisitut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.


No comments:

Post a Comment