Monday, August 18, 2014

JANGAN PERLEKEH HIPOTENSI

Tahukah anda TEKANAN DARAH RENDAH juga mengancam nyawa jika tidak dirawat?  Hipotensi atau tekanan darah rendah sebenarnya penyakit yang kerap
dialami tetapi sebahagian daripada kita mengabaikannya dan menganggap ia sebagai sakit pening biasa atau masalah dehidrasi.

Membiarkan tekanan darah rendah TANPA rawatan sama bahayanya dengan TEKANAN DARAH TINGGI yang boleh mengancam nyawa.

Tekanan darah setiap orang adalah berbeza tetapi seseorang dikatakan MENGALAMI tekanan darah rendah jika bacaan tekanan darah sistolik kurang 90 millimeter merkuri (mm Hg) atau tekanan darah diastolik kurang 60 mm Hg atau tekanan darah yang sentiasa berkurangan pada kedua-dua tahap berkenaan.

 Apabila tekanan darah rendah berlaku, setiap organ badan tidak mendapat aliran darah mencukupi, menyebabkan gejala penyakit terbabit timbul.

Tanda tekanan darah rendah seperti PENING atau PITAM, PENGSAN, PENUMPUAN KELAM, LOYA, KULIT DINGIN, PUCAT DAN LEMBAP, PERNAFASAN PENDEK DAN CEPAT, KELETIHAN DAN DAHAGA.

 Tekanan darah rendah boleh dikaitkan dengan masalah jantung berikutan organ berkenaan tidak berupaya mengepam darah dengan baik  dan keadaan ini menyebabkan badan gagal mengedarkan darah yang membawa bekalan oksigen dan nutrien dikehendaki. Penyakit diabetes juga boleh mencetuskan tekanan darah rendah.

TINDAK BALAS alahan yang teruk akibat tubuh sensitif dengan bahan tertentu seperti makanan juga menyebabkan penurunan tekanan darah. Malah, kekurangan nutrien dalam pemakanan juga mendedahkan seseorang kepada risiko penyakit ini.

WANITA HAMIL juga mudah mendapat serangan tekanan darah rendah sehingga rasa pening dan loya berikutan dalam tempoh berkenaan hormon kehamilan menyebabkan tekanan darah turun tetapi tekanan darah akan kembali ke tahap biasa selepas bersalin.

Tekanan darah rendah boleh berlaku terhadap sesiapa tetapi risiko LEBIH TINGGI kepada mereka yang LEBIH BERUSIA.













No comments:

Post a Comment