Monday, August 18, 2014

AMBIL MAKANAN YANG DIPERKAYA DHA

Nutrien penting yang perlu ada dalam diet kanak-kanak bagi membantu mereka mencapai potensi adalah DHA. Saya pasti ibu bapa dekat luar sana inginkan anak kecil mereka mencapai perkembangan menyeluruh mental dan fizikal
merangkumi empat aspek utama iaitu INTELEKTUAL, MOTOR, KOMUNIKASI dan EMOSI.

INTELEKTUAL membabitkan proses pemikiran, MOTOR menjurus koordinasi badan atau pergerakan, KOMUNIKASI pula adalah bahasa dan kemahiran bertutur, manakala EMOSI menyerlahkan pelbagai interaksi.

Otak adalah pusat kawalan kemahiran intelektual, motor, emosi dan komunikasi kanak-kanak. Perkembangan 4 aspek berkenaan yang sempurna berpacukan kepada dua asas penting iaitu RANGSANGAN dan PEMAKANAN.

Kanak-kanak berinteraksi dengan insan dalam hidup dan dengan persekitaran di sekeliling mereka. Justeru, hubungan dalam otak mereka perlu diperkukuh supaya dapat menggalakkan lagi perkembangan empat aspek berkenaan.

Oleh sebab itu, nutrien penting perlu disediakan dalam diet kanak-kanak untuk membantu mereka mencapai potensi penuh kerana pemakanan betul ada hubung kait dengan perkembangan menyeluruh empat aspek berkenaan.

Justeru, memberi pemakanan tambahan atau susu yang diperkaya dengan kombinasi tepat khususnya asid Docosahexaenoic ( DHA ), dalam diet kanak-kanak boleh membantu memastikan mereka mendapat khasiat diperlukan untuk menyokong kesihatan BADAN dan MINDA.

 Pengambilan DHA secukupnya dalam diet bersama nutrien lain penting untuk otak dan memberi ransangan, sekali gus membantu menyokong perkembangan keupayaan penting kanak-kanak. Ini kerana otak manusia mengandungi kira-kira 60 peratus lemak yang kebanyakannya adalah DHA.

 Malah kanak-kanak disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia untuk mengambil diet harian yang mengandungi 250 miligram DHA dan asid Eicosapentsenoic (EPA) bagi yang berumur 6 hingga 10 tahun.

KEBAIKAN utama pengambilan DHA adalah untuk PEETUMBUHAN OTAK yang CERGAS, pertumbuhan RETINA MATA untuk penglihatan yang baik dan pertumbuhan SARAF.

Kelebihan lain seperti MENGURANGKAN LEMAK buruk trigliserida, mengurangkan risiko SAKIT JANTUNG, saluran darah TERSUMBAT, tekanan DARAH TINGGI, tekanan perasaan, diabetes dan sakit sendi.

















No comments:

Post a Comment