Monday, August 4, 2014

4 KESILAPAN MENGATUR DIET

Setelah bersusah-payah memulakan senaman rutin di gimnasium, akhirnya anda mampu memberi komitmen yang sepenuhnya untuk menyihatkan tubuh. Tetapi anda masih tidak dapat melihat perubahan yang ketara pada fizikal anda meskipun setelah berolahraga.


Bahkan ia seakan tersasar jauh daripada impia anda. Mari semak beberapa kemungkinan kesilapan yang telah anda lakukan tanpa disedari.


1) PROGRAM DIET YANG SANGAT RENDAH KALORI

 Tidak mengimbangi program olahraga dengan  pengambilan makanan bergizi boleh membuat usaha anda gagal sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anda mengurangkan makan hingga kelaparan. Bukannya dapat membantu membakar lemak, tindakan ini lebih membuat tubuh kekurangan kalori untuk membentuk otot.

Hindari pola diet yang sering menjanjikan penurunan berat badan secara drastik. Apa yang boleh anda lakukan adalah beralih ke jenis makanan yang sihat seperti sayur-sayuran kerana ia membantu mendorong metabolisma sehingga lebih banyak lemak yang dapat dikikis.


2) MELAKUKAN TERLALU BANYAK ULANGAN

Ketika memulai latihan, anda akan dapat arahan untuk melakukan sekitar 8-12 ulangan untuk setiap gerakan. Disebabkan anda mahu cepat kurus, maka anda mengambil langkah untuk menambah gerakan sehingga 20 ulangan, walhal anda bukanlah merancang untuk mengikuti pertandingan pun.

Sebaik-baiknya cuba untuk mematuhi jumlah ulangan yang diberikan sahaja kerana jumlah tersebut sudah cukup untuk mengencangkan otot dan mendorong metabolisma. Jika gerakan ini terlalu mudah bagi anda, tingkatkan sahaja kesulitan atau bebannya, tetapi bukan jumlah ulangannya.

3) LATIHAN TERLALU BERAT

Menambah latihan di luar waktu yang dianjurkan bukanlah sesuatu yang kreatif boleh diberikan pujian. Ini dapat meningkatkan risiko kecederaan serta menurunkan stamina anda. Jika anda memang mempunyai sasaran untuk lebih ramping dan cantik dalam tempoh dua bulan contohnya, cubalah atur jadual yang lebih realistik bersama pelatih profesional dan tepati jadual anda. Dengan bantuan mereka, anda akan dapat mencapai matlamat anda dengan lebih selamat.

4) SERING MELANGGAR ATURAN DIET

Mengatur pola makan perlulah dari keinginan diri sendiri agar anda dapat mematuhinya dengan penuh kesedaran. Namun, ada masanya terdapat pelbagai godaan untuk melanggarnya. Apabila anda tiba-tiba sahaja ingin makan makanan ringan setelah sekian lama menjauhinya, cuba periksa sekali menu harian anda. Ini kerana, keinginan yang muncul tiba-tiba ini sebenarnya menandakan TUBUH ANDA KEKURANGAN beberapa ELEMEN makan yang PENTING.
 Pastikan hidangan harian anda cukup mengandungi lemak baik, protein, dan karbohidrat sehingga tidak perlu lagi menjamah makanan ringan atau makanan berkarbohidrat tinggi yang nantinya akan membuat semua rancangan yang telah diatur hancur. Ingat, rahsia diet dan olahraga yang sukses adalah tumpuan dan pantang menyerah.


No comments:

Post a Comment