Tuesday, July 15, 2014

KENAPA SAYA PILIH UNTUK BUAT BISNES SHAKLEE??

Assalamualaikum semua. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua tentang ' Kenapa saya pilih untuk buat bisnes Shaklee?'. Saya sedar yang dekat luar sana sudah ramai Shaklee Independent Distributor di seluruh Malaysia, mungkin susah untuk dapatkan customer untuk dapatkan produk dengan saya. Tapi itu semua sangat TIDAK BENAR kerana REZEKI ALLAH sangat luas dan banyak.Selagi kita berusaha Allah akan beri kita rezeki kerana ALLAH itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Kenapa saya pilih  bisnes Shaklee?

1) Kaya


Mungkin ramai yang dekat luar sana hanya fikir tentang duit apabila saya cakap tentang kaya kan. Tapi dengan bisnes Shaklee bukan sahaja dapat kaya harta, malah saya dapat rasa kaya jiwa atau rohani,ukhuwah dan silaturrahim. Saya suka dengan bisnes Shaklee sebab upline atau saya panggil omak akan beri guide dan selalu bertanya khabar anak-anak. Upline tidak memberi arahan seperti bos dekat tempat kerja tapi bersama-sama dengan kita untuk majukan bisnes kita.Malah hubungan antara adik-beradik bisnes juga terjaga dengan ada grup whatsapp dan Fb. Sebab itu saya pilih untuk buat bisnes Shaklee.


2) Amalan Rohani

Sejak saya berkenalan dengan bisnes Shaklee, alhamdulillah amalan rohani yang saya amalkan setiap hari semakin bertambah. Kalau dulu saya tak pernah mengerjakan solat Dhuha, namun sekarang saya sangat menjaga solat Dhuha. Terasa tidak lengkap bila tak melakukan Dhuha dalam sehari. Malah amalan-amalan rohani yang lain seperti zikir, selawat, mengaji Quran, solat Tahajud memang menjadi rutin harian. Berpegang pada prinsip yang rezeki kita Allah yang beri,sebab itulah kita harus mendekatkan diri kepada Allah dan jangan pernah malu untuk berDOA minta kepada Allah. Saya bersyukur sangat sebab saya sudah menemui jalan untuk saya lebih mendekatkan diri dengan Allah.Saya bukan sahaja dapat mencari rezeki dengan bisnes Shaklee malah saya rasa semakin dekat dengan Allah.Memang TAK RUGI saya pilih bisnes Shaklee.Inilah yang saya katakan KAYA JIWA.

3) Sedekah

Mungkin masih ramai antara kita yang belum menyedari tentang pentingnya memberi sedekah. Samalah dengan saya suatu ketika dulu, saya memang sangat susah untuk memberi sedekah kepada mana-mana pihak yang sangat memerlukan. Namun saya rasa sangat rugi kerana tidak mengamalkan sedekah sejak dulu lagi. Kita takkan jatuh miskin hanya dengan memberi sedekah, malah kita akan dapat lebih lagi dari apa yang kita beri. Kita akan rasa seronok bila kita dapat membantu orang lain. Mungkin kita dapat menyumbangkan sedekah yang banyak, tapi sekurang-kurangnya kita dapat menghulurkan sedikit untuk buat insan lain bahagia.

4) Bantu orang untuk sihat

Salah satu sebab lain kenapa saya pilih bisnes Shaklee sebab dengan Shaklee saya boleh bantu orang untuk sihat. Malah saya rasa sangat puas hati bila mendapat feedback positif dari customer yang menggunakan produk Shaklee. Rata-rata yang mula mengamalkan produk Shaklee akan repeat oder. Dengan bisnes Shaklee juga dapat berkongsi manfaat yang saya dapat dengan menggunakan produk Shaklee. Saya merupakan PENGGUNA TEGAR produk Shaklee.

Saya share tentang ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi saya ingin anda semua tahu apa yang saya dapat setelah saya join bisnes Shaklee. Memang tak rugi lansung malah beruntung sangat dapat berkenalan dengan bisnes Shaklee. Anda nak join saya dalam keluarga Shaklee saya?? Hubungi 017-9051711 sekarang ,inshaaAllah saya akan bantu anda.

No comments:

Post a Comment